Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Hari Sukan Qatar

Assalamualaikum, Semalam Hari Sukan Qatar @ Qatar Sports Day.Uniknya hari sukan ini telah diistiharkan sebagai hari cuti bagi seluruh Qatar pada setiap hari Selasa pada bulan Februari minggu Ke-2 setiap tahun. Tiada tarikh tetap yer. Ianya diilhamkan oleh Putera Mahkota Emir Qatar. Sementelaah aku menyambutnya di offshore jadi tak terasa sangatla kesannya. Walau bagaimanapun kami disini juga menyambutnya dengan jamuan makan "istimewa" dari camp boss dan cooked2 yang handal dalam masakan mereka. Aku ambik lobster@ udang kara separuh jerla untuk jaga kolestrol dalam tubuh hehehe. Kawan- kawan lain aku  tgk sampai 2@3 belah udang kara tu.. pergh dasyat. Udang lagi, burung puyuh lagi, ketam lagi, kambing penuh pinggan hehehe. Sabar "parei" (kawan) nanti tercekik baru hang tau. Opps sebenarnya ini menu "biasa" bagi mana-mana rigs dalam dunia ni jika kita sambut hari istimewa.Owh saya bercakap bukan pasal menu tapi bercakap pasal kandungan kolestrol dan kalor

Sebulan Berlalu

Imej
Asssalamualaikum, Sebulan dua hari telah berlalu Allahyarham Ayah telah meninggalkan kami semua.Dan kini aku dan keluarga telah kembali semuala ke Qatar untuk meneruskan perjalanan sementara ini yang belum berakhir.Alhamdulillah anak-anak aktif dan tiada istilah jet lag untuk mereka.Cuma Umi mereka agak keletihan mungkin kerana mengandung anak ke-3 kami. Alhamdulillah semua telah selesai,Moga roh Ayahanda Abdul Rahim bin Ismail sentiasa dicucuri Rahmat dan dipermudahkan urusan di "sana". Anak-anak cuma menyebut yang "TokWan dan meningal" tapi mungkin mereka belum mengerti apa yg dimaksudkan dengan perkataan- perkataan tersebut. Insya Allah suatu hari nanti mereka akan faham. Mati itu pasti,Hanya Allah yang kekal abadi. Ermm tgh menulis ni teringat pulak hari ada appointment di Doha Clinic dgn doktor. Mungkin isteri akan bertanya tentang sesuatu berkenaan kandungannya kerana di "tegur" jururawat bertugas ketika pemeriksaan di Klinik Bintulu ~ Nam