Catatan

Kad Kredit-Keperluan,Kemahuan,Ke"eksenan" -Bahagian 2

Assalamualaikum, Ok hari ni saya sambung lagi pasal kad kredit ni.  1.Keperluan Ya memang perlu kalau korang yang jenis suka merayau atau "travel" samaada ianya keperluan kerja atau saja suka-suka.Cuba bayangkan kalau bawa tunai untuk daftar masuk sebuah hotel, RM 160++ ni dah kira offer la ni sempena monsun cup haha.Kalau duduk 5 hari maknanya RM 800++ dan biasanya pakai cash dia akan minta bayaran tambahan satu malam.-Ni pengalaman masa "check in" kat sebuah hotel di ibu kota Ni** Hotel.Nak bawa cash banyak tu memang biasa bagi sesetengah orang tapi bagi sesetengah memang ada fobia sikit sebab biasa dan pernah "hilang" dalam amaun yang banyak. Beli tiket kapal terbang (Berulang ke Borneo dan Semenanjung)-Owh memang perlu apatah lagi nak dapat harga promosi dari syarikat-syarikat ini.Kalau cash kena pi kaunter kat tempat tertentu sahaja-susah sikitla bagi orang macam saya ni. Lagi satu kalau pergi ke hutan-hutan@ taman negara takkan nak bawa cash b...

Kad Kredit-Keperluan,Kemahuan,Ke"eksenan"

Assalamualaikum, Sengaja pilih tajuk biasa-biasa ni sebab semalam baru terima kad kredit dari Bank saya mesti pilih.Sebelum ni memang dah pakai pun dari Bank merah merah dan yang kedua dari bank kuning.Bank merah sepanjang saya pakai memang puas hati sehingga di upgrade saya punya limit sampai bebelas ribu.Kemudian saya terminate sebab saya tak ada akaun dengan bank ini jadi nak bayar asyik kena pergi mesin ATM. Kedua pakai bank kuning sebab konon pakej masa beli kereta,hampeh hari ini ambik esok terus kena RM 50.Sabar ajelah kan tapi dalam hati @#$$%%^&.Tapi yang paling tak bestnya tiap-tiap bulan ada jer makhluk dari planet mana entah telefon tanya soalan itu ini,promosi baik dan entah apa-apa lagi,akhir perbicaraan minta no kad kredit.... Kalau korang kena macam ni tiap-tiap bulan apa korang nak buat? - Sila jawab di shout box @ comment kalau rajin.Nanti kita hantar ke Aduan Rakyat Terkini pakai yang islamik punya.Nak cerita panjang pun belum boleh lagi sebab tak pakai lagi...

Hasil Dari Kebun Kecilku

Imej
Assalamualaikum, Sajajer nak tunjuk hasil yang tak seberapa dari kebun kami kat belakang rumah.Semua pokok dah di cabut untuk tanam semula.Ala macam felda tue tapi tak perlula nak berhutang  balik dengan FELDA sampai ke anak cucu.Untung-untung dapat bonus macam peneroka tu ok jugakkan? Merepekla pulak...nah ini dia________________. Model "Berkaki Ayam" Lariiii sebelum Abi ambik kunyit tok Belimbing buluh-masam dan kecur air liur.  End of text.

CHOPPER CancElL@#!%^&*##

Assalamualaikum, Perhatian kepada semua penumpang chopper call sign S** ,penerbangan hari ini dibatalkan kesemuanya dan blablabla...Entahla memang tak best langsung pengumuman itu hatta di buat oleh penyanyi paling best dalam dunia ini.Terpaksala "re-plan" balik segala rancangan untuk mendaftar di OUM esok.Semestinya esok akan  sampai di Kuantan pada masanya kerana chopper Insya Allah akan ada esok. Inilah rencah kehidupan orang-orang laut seperti kami semua.      Biasala kan nak menuntut ilmu ini memang ada saja dugaan dan bila kita berjaya melepasinya pastinya akan menjadi satu kenangan manis pada diri sendiri dan dorongan pada masa hadapan.    Yang chopper sebelah tu sesaje jer isi dari kosong.Kami pernah juga bawa benda alah ni dan jadi pilot (pakai remote hehe), akhirnya berlaku peristiwa jatuh ke dalam laut terus malas nak bawa lagi...rugi sebab jatuh laut mana dapat ambik lagi kan?    Kalau yang nak tau kami pakai apa bolehla tengok ...

Satellite Phone dan Saya

Imej
Alhamdulillah kerana dapat lagi menjengah tahun baru 2011 dengan selamat.Orang macam saya ni belum ada kesempatan nak ucap selamat tahun baru "face to face" dengan anak-anak dan isteri.Walaubagaimanapun teknologi canggih hari ini telah membolehkan orang-orang seperti kami menghubungi orang tersayang,terindu dan seangkatan dengannya melalui telefon satelite ( satellite phone )   Ada orang cakap kedua belah pihak di kenakan caj,pemanggil kena penerima pun kena...entahla.  Tapi apa yang penting kat sini dapat jugala menghubungi mereka untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar info.Berita kurang senang diterima bila isteri telefon mengatakan yang kami kemungkinan besar kena berpindah memandangkan ada isu-isu tertentu.Tapi takpela balik nanti boleh runding dengan pihak mereka

Emas Yang Seketul

Imej
Yang ni beli dari public gold   Assalamualaikum, 2-3 hari lepas adala baca pasal emas-emas ni jadi berminatla nak tau.Cari punya cari jumpala seorang guru yang ada info dan terlibat sekali dengan emas - meng emas ni (betulke ayat ni?) Pung pang pung pang belila seketul dari dia-CEPAT terpengaruh juga saya ni kan?Hari ini sajejer gegatai nak pergi pajak kat ar-rahnu depan sungai Kuantan tu alih-alih ada notis kata tak mau terima lagi wafer,bar,syiling,emas sebagai pajakan hehehe.Takpela bukan rezeki saya la tu.Takpa boleh cuba di tempat lain pulak kot. p/s : Ada ilmu baru buat,jangan hentam saja nanti apapun tak dapat.Belajar dari yang pandai dan jangan buat-buat pandai. End of text. From Kemasik with love

25 Rasul Series form NORFA Bookstore Kuantan

Imej
Assalamualaikum  and very good day. Yesterday I decided to buy some books to my "perinduk ati pengarang jantung".Ermm what the best for them?Never mind just arrived at Kuantan safely and think it later. After settle down (terminate) my Celcom bill at celcom service centre I just pass by one new book store.I notice small notes at their door "OPENING SOON ON 27/12/2010. I just enter the bookstore and ask a few question to their representative and decide to buy something.I fetch up my  sons and bring them there.Her suggestion is 25 Rasul Series and other title as picture. Free CD for Doa and Nasyid. Buy  this item for Adam.Also can found at amazon and cheaper than I bought.   Now time to read for them : )