Catatan

Trisemester Pertama Isteriku ~ Morning Sickness

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera.    Bila balik bertugas kesian pulak tengok keadaan isteri yang ketika ini mengandungkan anak ke-3 kami.Morning sicknes nya berlarutan dan sentiasa membuat dia keletihan dan kurang selera makan. Orang lelaki jangan tau nak ada anak jer, ambil tahu sikit benda macamni walaupun nampak macam remeh tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang isteri kita hadapi dan memikirkan cara untuk membantu si isteri dalam menghadapi situasi tersebut. Apa itu "Morning Sickness"?    Emesis gravidarum atau nama lainnya nausea gravidarum (NVP), atau lebih dikenal dengan istilah morning sickness adalah gejala mual - biasanya disertai muntah - yang umumnya terjadi pada awal kehamilan, biasanya pada trisemester pertama. Keadaan ini umumnya dialami oleh lebih dari separuh wanita hamil yang disebabkan meningkatnya kadar hormon estrogen. Dalam beberapa kes, gejala yang sama pula dialami oleh para wanita yang menggunakan kontrasepsi hormonal, atau ya...

Isteriku Mengandung Lagi ~Berita Gembira Untuk Kami Sekeluarga

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Pn Nurulfatiha disahkan mengandung untuk kali yang ke-3.Perkara ini diketahui setelah kami pulang dari Dubai.Jika saya tahu isteri mengandung sebelum trip itu kemungkinan besar saya batalkan percutian tersebut tapi dah nama rezeki isteri dan anak-anak untuk kesana.    Setelah pulang dari Dubai kami terus ke Qatar Petroleum Center Health and Wellness (QPCHW) untuk pemeriksaan bagi mendapatkan Resident Permit (RP).Kesian dua beradiktu Adam dan Daiyan kena ambil darah di lengan mereka  yang bersaiz dua jari tu tp Alhamdulillah mereka tidak menangis. Menurut doktor isteriku kena menjalani pemeriksaan X-Ray tetapi sebelum itu beliau dinasihatkan untuk menjalani urin test. Al kisahnya disahkan beliau mengandung dengan jayanya : ). Terima kasih kepada doktor dan jururawat yng bertugas atas ucapan "Mabrouk" kalian.    Hari ini insya Allah kami akan ke QPCHW sekali lagi untuk temujanji kami dengan pakar O&G dan klinik gi...

Bagaimana Menukar Air Intake & Cabin Filter Nissan Pathfinder 2006 SE

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم    Hari ni dah raya ke 6 dan di Qatar kebanyakkan sektor kerajaan dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan depa masih bercuti. Oleh terlintas projek DIY untuk kereta yang sedia berkhidmat untuk kami setiap hari. Saya bukanlah pakar tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang ada untuk rujukan pada masa akan datang.Segala penambah baikan amatlah dialu-alukan.  Langkah pertama dan yang penting ialah  ketahui dulu spesifikasinya dan beli di kedai alat ganti- yg tulin digalakkan.   Bertengkar sekejap dgn tokey kedai sbb dia bg spec "Normal", saya punya American spec, totally different. So ambil perhatian bab ni lebih sikit kalau tidak terpaksa berulang 2-3 kali ke kedai tersebut.      Original Parts ~ Pueh ati : ) Air intake filter Cabin Air Filter 8 mm spanner Buka glove box Tekan glove box kiri dan kanan sehingga ternampak "sesendal" nya Buka "hanger" untuk kerja ruang yang lebih luas ...

Bagaimana Kami Menyambut Aidil Fitri da Qatar

Imej
بسم الله  الرحمن الرحيم   الحمدلله dah 3 hari ber"aidilfitri" di bumi Qatar disamping isteri dan anak-anak di sini.Dipermudahkan olehNya untuk pulang dari pelantar minyak Maydan Mahzam pada Hari Raya pertama.   Bermula selepas Magrib dan Isya' tiada takbir dilaungkan.Saya dan seorang rakan Malaysia Mohd Taufik hanya tersenyum sesama sendiri kerana kami ternanti-nanti detik itu semenjak Magrib lagi. : )    Takperla sebab keputusannya memang tiada Takbir Raya pada kedua waktu  tersebut. Apa yang saya lakukan pergi ke bilik buka you tube pasang Takbir dan bertakbir bersama mereka(orang dalam video tersebut) nak tergelak pun ada sedih pun ada.Apapun Raya dan Kemenangan disambut dimana-mana sahaja.Cara kita sambut "walau lagumanapun" bak kata mak saya asalkan ikut tatacara agama kita adalah baguih.   Esoknya sebelum waktu Subuh dah bergegas ke surau pelantar untuk takbir bersama-sama rakan pelantar. Tetapi apakan daya cuma terdapat 4 orang did...

"Visa On Arrival" di Qatar Tamat Tempoh...Apa Yang Perlu di Lakukan

بسم الله الرحمن الرحيم Hari ni mmg sejarah dalam hidup yg aku mmg akui bahawa isteriku sumber kekuatanku. Dalam keadaan tidak menentu dan pelbagai permasalahan berlegar didalam kepalaku ketika itu...Pertamanya bateri kereta buat hal, mati dihadapan pejabat imigresen Al Wakrah, datang sahabat yang bernama Rizal Azhar dari Doha untuk "jumper" keretaku. الحمدالله di gerakkan hati olehNya dulu untuk membeli cable tersebut di Lulu tempoh hari. Kemudiannya dan paling utama visa familyku expired, denda QR 200/ hari . Minah kaunter di MOI siap ingatkan aku berkenaan denda tersebut selepas percubaanku yg kesekian kalinya gagal untuk memperbaharui visa tersebut. Antara tempat yang kami kunjungi untuk memperbaharui visa tersebut adalah Al Wakrah, Messaimer, dan Air Port Branch berdepan dgn Rotana Hotel dan Qatar Airways Tower. Macam mana ni mie?(panggilan untuk  isteriku yg ku kasihi). Sikkan b mok biar kitak org jak transit di Bahrain? B sik ada dgn kitak org risau...

Apa Perlu di Lakukan Jika Terlibat Dalam Kemalangan

Assalamualaikum, Tajuk entri yang agak tak best tapi inilah realiti kehidupan.Ditimpakan kita dengan bencana agar kita sentiasa beringat dan juga memberi peringatan pada insan lain. Semua orang dalam dunia ni ,(pandangan sendiri) tidak mahukan kemalangan walau sekecil manapun. Tetapi jika sudah berlaku terutamanya kemalangan yang melibatkan kenderaan ....apa yang perlu di buat??? Dari pengalaman saya sendiri yang terlibat dalam kemalangan ni sama ada motorsikal dan kereta ~ (Alhamdulillah tak cedera parah dan tiada kemalangan jiwa yang terlibat) prosedur "Report" atau melaporkan pada pihak berkuasa (Polis) adalah tidak jauh berbeza sama ada di Malaysia mahupun Qatar. 1.Bila "Berdentum" jer (eksidenlatu) tekan brek cepat2,free gear dan tarik/pijak "hand brake@foot brake". 2.Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar banyak-banyak.Cooling down,kalau nervous duduk dulu dalam kereta seminit dua,apa nak fikir lebih-lebih sebab benda dah jadikan? 3.Kalau pi...

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 4

Imej
Assalamualaikum, Sajer jer nak berkongsi dengan isteri detik dan tarikh perkahwinan kami berdua.Kebetulan jatuh pada 20 Ramadhan 1433H, bersamaan 08082012 M. Tengah terfikir nak bagi "sesuatu" yang istimewa kepada insan yang bergelar isteri yang sanggup bersusah payah dan kadangkala bersendirian dalam membesarkan anak-anak sepanjang 4tahun usia perkahwinan kami.Sedia maklum dengan tugas suami sebagai offshore man, melayan kerenah anak-anak yang sedang "naik" memang boleh tahan cabarannya : ) Tidaklah yang "terbaik" tetapi kesukaan isteriku Akhirnya ketika melintas sebuah kedai di Al Wakra selesai bersolat tarawih ternampaklah sebuah kedai dengan signboard nya yang hijau "merelap" ~ Tu dia,selesai masalah. Tunggu budak kedai tu bungkus,sembur-sembur sikit, "finish sir,QR xx.". Syukran.  Nak buat kejutan sikit ni.Tengok jam dah lewat,budak-budak dah tidur ni rasanya,dengan kelakian yang terserlah terus memandu kerumah di Al Wuka...