Catatan

Hari Sukan Qatar

Assalamualaikum, Semalam Hari Sukan Qatar @ Qatar Sports Day.Uniknya hari sukan ini telah diistiharkan sebagai hari cuti bagi seluruh Qatar pada setiap hari Selasa pada bulan Februari minggu Ke-2 setiap tahun. Tiada tarikh tetap yer. Ianya diilhamkan oleh Putera Mahkota Emir Qatar. Sementelaah aku menyambutnya di offshore jadi tak terasa sangatla kesannya. Walau bagaimanapun kami disini juga menyambutnya dengan jamuan makan "istimewa" dari camp boss dan cooked2 yang handal dalam masakan mereka. Aku ambik lobster@ udang kara separuh jerla untuk jaga kolestrol dalam tubuh hehehe. Kawan- kawan lain aku  tgk sampai 2@3 belah udang kara tu.. pergh dasyat. Udang lagi, burung puyuh lagi, ketam lagi, kambing penuh pinggan hehehe. Sabar "parei" (kawan) nanti tercekik baru hang tau. Opps sebenarnya ini menu "biasa" bagi mana-mana rigs dalam dunia ni jika kita sambut hari istimewa.Owh saya bercakap bukan pasal menu tapi bercakap pasal kandungan kolestrol dan kalor...

Sebulan Berlalu

Imej
Asssalamualaikum, Sebulan dua hari telah berlalu Allahyarham Ayah telah meninggalkan kami semua.Dan kini aku dan keluarga telah kembali semuala ke Qatar untuk meneruskan perjalanan sementara ini yang belum berakhir.Alhamdulillah anak-anak aktif dan tiada istilah jet lag untuk mereka.Cuma Umi mereka agak keletihan mungkin kerana mengandung anak ke-3 kami. Alhamdulillah semua telah selesai,Moga roh Ayahanda Abdul Rahim bin Ismail sentiasa dicucuri Rahmat dan dipermudahkan urusan di "sana". Anak-anak cuma menyebut yang "TokWan dan meningal" tapi mungkin mereka belum mengerti apa yg dimaksudkan dengan perkataan- perkataan tersebut. Insya Allah suatu hari nanti mereka akan faham. Mati itu pasti,Hanya Allah yang kekal abadi. Ermm tgh menulis ni teringat pulak hari ada appointment di Doha Clinic dgn doktor. Mungkin isteri akan bertanya tentang sesuatu berkenaan kandungannya kerana di "tegur" jururawat bertugas ketika pemeriksaan di Klinik Bintulu ~ Nam...

Trisemester Pertama Isteriku ~ Morning Sickness

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera.    Bila balik bertugas kesian pulak tengok keadaan isteri yang ketika ini mengandungkan anak ke-3 kami.Morning sicknes nya berlarutan dan sentiasa membuat dia keletihan dan kurang selera makan. Orang lelaki jangan tau nak ada anak jer, ambil tahu sikit benda macamni walaupun nampak macam remeh tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang isteri kita hadapi dan memikirkan cara untuk membantu si isteri dalam menghadapi situasi tersebut. Apa itu "Morning Sickness"?    Emesis gravidarum atau nama lainnya nausea gravidarum (NVP), atau lebih dikenal dengan istilah morning sickness adalah gejala mual - biasanya disertai muntah - yang umumnya terjadi pada awal kehamilan, biasanya pada trisemester pertama. Keadaan ini umumnya dialami oleh lebih dari separuh wanita hamil yang disebabkan meningkatnya kadar hormon estrogen. Dalam beberapa kes, gejala yang sama pula dialami oleh para wanita yang menggunakan kontrasepsi hormonal, atau ya...

Isteriku Mengandung Lagi ~Berita Gembira Untuk Kami Sekeluarga

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Pn Nurulfatiha disahkan mengandung untuk kali yang ke-3.Perkara ini diketahui setelah kami pulang dari Dubai.Jika saya tahu isteri mengandung sebelum trip itu kemungkinan besar saya batalkan percutian tersebut tapi dah nama rezeki isteri dan anak-anak untuk kesana.    Setelah pulang dari Dubai kami terus ke Qatar Petroleum Center Health and Wellness (QPCHW) untuk pemeriksaan bagi mendapatkan Resident Permit (RP).Kesian dua beradiktu Adam dan Daiyan kena ambil darah di lengan mereka  yang bersaiz dua jari tu tp Alhamdulillah mereka tidak menangis. Menurut doktor isteriku kena menjalani pemeriksaan X-Ray tetapi sebelum itu beliau dinasihatkan untuk menjalani urin test. Al kisahnya disahkan beliau mengandung dengan jayanya : ). Terima kasih kepada doktor dan jururawat yng bertugas atas ucapan "Mabrouk" kalian.    Hari ini insya Allah kami akan ke QPCHW sekali lagi untuk temujanji kami dengan pakar O&G dan klinik gi...

Bagaimana Menukar Air Intake & Cabin Filter Nissan Pathfinder 2006 SE

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم    Hari ni dah raya ke 6 dan di Qatar kebanyakkan sektor kerajaan dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan depa masih bercuti. Oleh terlintas projek DIY untuk kereta yang sedia berkhidmat untuk kami setiap hari. Saya bukanlah pakar tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang ada untuk rujukan pada masa akan datang.Segala penambah baikan amatlah dialu-alukan.  Langkah pertama dan yang penting ialah  ketahui dulu spesifikasinya dan beli di kedai alat ganti- yg tulin digalakkan.   Bertengkar sekejap dgn tokey kedai sbb dia bg spec "Normal", saya punya American spec, totally different. So ambil perhatian bab ni lebih sikit kalau tidak terpaksa berulang 2-3 kali ke kedai tersebut.      Original Parts ~ Pueh ati : ) Air intake filter Cabin Air Filter 8 mm spanner Buka glove box Tekan glove box kiri dan kanan sehingga ternampak "sesendal" nya Buka "hanger" untuk kerja ruang yang lebih luas ...

Bagaimana Kami Menyambut Aidil Fitri da Qatar

Imej
بسم الله  الرحمن الرحيم   الحمدلله dah 3 hari ber"aidilfitri" di bumi Qatar disamping isteri dan anak-anak di sini.Dipermudahkan olehNya untuk pulang dari pelantar minyak Maydan Mahzam pada Hari Raya pertama.   Bermula selepas Magrib dan Isya' tiada takbir dilaungkan.Saya dan seorang rakan Malaysia Mohd Taufik hanya tersenyum sesama sendiri kerana kami ternanti-nanti detik itu semenjak Magrib lagi. : )    Takperla sebab keputusannya memang tiada Takbir Raya pada kedua waktu  tersebut. Apa yang saya lakukan pergi ke bilik buka you tube pasang Takbir dan bertakbir bersama mereka(orang dalam video tersebut) nak tergelak pun ada sedih pun ada.Apapun Raya dan Kemenangan disambut dimana-mana sahaja.Cara kita sambut "walau lagumanapun" bak kata mak saya asalkan ikut tatacara agama kita adalah baguih.   Esoknya sebelum waktu Subuh dah bergegas ke surau pelantar untuk takbir bersama-sama rakan pelantar. Tetapi apakan daya cuma terdapat 4 orang did...

"Visa On Arrival" di Qatar Tamat Tempoh...Apa Yang Perlu di Lakukan

بسم الله الرحمن الرحيم Hari ni mmg sejarah dalam hidup yg aku mmg akui bahawa isteriku sumber kekuatanku. Dalam keadaan tidak menentu dan pelbagai permasalahan berlegar didalam kepalaku ketika itu...Pertamanya bateri kereta buat hal, mati dihadapan pejabat imigresen Al Wakrah, datang sahabat yang bernama Rizal Azhar dari Doha untuk "jumper" keretaku. الحمدالله di gerakkan hati olehNya dulu untuk membeli cable tersebut di Lulu tempoh hari. Kemudiannya dan paling utama visa familyku expired, denda QR 200/ hari . Minah kaunter di MOI siap ingatkan aku berkenaan denda tersebut selepas percubaanku yg kesekian kalinya gagal untuk memperbaharui visa tersebut. Antara tempat yang kami kunjungi untuk memperbaharui visa tersebut adalah Al Wakrah, Messaimer, dan Air Port Branch berdepan dgn Rotana Hotel dan Qatar Airways Tower. Macam mana ni mie?(panggilan untuk  isteriku yg ku kasihi). Sikkan b mok biar kitak org jak transit di Bahrain? B sik ada dgn kitak org risau...