Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Laksa merupakan sejenis makanan yang di kenali umum di Malaysia. Antara yang dikenali ialah laksa Penang, Kedah dan  lain-lain. 
Anak ke 2 saya suka makan laksa tapi bukan dgn kuah ikan.... Dengan kicap 😅 haha.
Di Qatar memang sukar nak dapatkan laksa, jadi terpaksa buat sendiri  mee laksa tersebut.Perkongsian resepi ni hasil dari buatan tangan sendiri setelah menemui kegagalan jika menggunakan kandungan tepung beras yang lebih kerana pada pandangan peribadi saya tekstur tepung beras di sini amat kasar berbanding di Malaysia.

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras.
1 cawan tepung ubi@sagu.
2 sudu besar tepung jagung.
2 sudu besar tepung gandum
Air panas yang mendidih secukupnya.(Kalau tak cukup panas@ sejuk إن شاء الله memang mee tak akan jadi@ mengeras)

Cara-cara:
Sediakan air panas yan betul-betul panas.

Satukan semua bahan dalam bekas.
Masukkan air panas berdikit dan gaul serta uli dgn tangan jika rasa "KEBAL". Jika tidak sila guna sudip. Dah agak sejuk bolehlah guna tangan sehingga tidak melekat lagi pada tangan.

Masukkan dalam acuan dan tekan doh dalam air panas yang kita sediakan awal-awal tadi sehingga habis.

Tangan jangan dok gatai pi usik. Tunggu semua mee timbul.
Selepas itu tuangkan semua kedalam penapis. Gunakan penapis yang sesuai kerana air panas (hati-hati).
Bilas dgn air sejuk ( air paip biasa) untuk proses pemejalan. 
Siap untuk dimakan.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,nak tanya sukatan air tu berapa ml??

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,nak tanya sukatan air untuk bancuh doh tu berapa ml??

    BalasPadam
  4. Saya tak sukat just main secukup rasa. Saya try sukat next time dan akan update disini kerana air panas sukar sikit nk sukat secara tepat kerana tiada bekas sukatan yg sesuai

    BalasPadam
    Balasan
    1. mee tu knp nmpk berminyak sdgkn dlm resepi xde ltak minyak

      Padam
  5. Memang tak letak minyak, nmpak berkilat pada pengalaman saya disebakan tepung jagung dan tepung ubi@sagu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Any Comment?Just write up.

Catatan popular daripada blog ini

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?