Catatan

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Imej
Laksa merupakan sejenis makanan yang di kenali umum di Malaysia. Antara yang dikenali ialah laksa Penang, Kedah dan  lain-lain.  Anak ke 2 saya suka makan laksa tapi bukan dgn kuah ikan.... Dengan kicap 😅 haha. Di Qatar memang sukar nak dapatkan laksa, jadi terpaksa buat sendiri  mee laksa tersebut.Perkongsian resepi ni hasil dari buatan tangan sendiri setelah menemui kegagalan jika menggunakan kandungan tepung beras yang lebih kerana pada pandangan peribadi saya tekstur tepung beras di sini amat kasar berbanding di Malaysia. Bahan-bahan 1 cawan tepung beras. 1 cawan tepung ubi@sagu. 2 sudu besar tepung jagung. 2 sudu besar tepung gandum Air panas yang mendidih secukupnya.(Kalau tak cukup panas@ sejuk إن شاء الله memang mee tak akan jadi@ mengeras) Cara-cara: Sediakan air panas yan betul-betul panas. Satukan semua bahan dalam bekas. Masukkan air panas berdikit dan gaul serta uli dgn tangan jika rasa "KEBAL". Jika tidak sila guna sudip. Dah agak sejuk bolehlah guna tangan...

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?

Imej
   Semua orang maklum yang pelantar minyak ni adalah tempat kerja yang berisiko tinggi. Sebab itu dari mula sampai habis tugas kita akan dengar pasal Safety,Hazards,Control dan macam-macam lagi istilah yang berkaitan. Semuanya untuk keselamatan Manusia (People), Alam sekitar,(Environment), Harta benda(Asset) dan Reputasi(Reputation) syarikat yang mengusahakan industri ini. Sign board    Disini disertakan beberapa keperluan asas yang direka untuk mengingatkan penghuni dan mengawal situasi kecemasan jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak dijangka. Another signboard Fire Hydrant Hydraulic starter for Fire Water Pump Diesel Engine~ As a driver for Fire Water Pump Capsule@life boat Capsule@ life boat adalah pilihan terakhir jika situasi kecemasan tidak dapat di kawal oleh ERT (Emergency Respond Team)@DCT(Damage Control Team). Sebabtu dulu saya ada nyatakan untuk menyertai O&G memerlukan tubuh badan yang sihat kerana segala mac...

Bagaimana menyertai Industri O&G?

Imej
السلام عليكم      Di sini apa yang dicoretkan adalah apa yg dilalui aku sendiri dan kawan-kawan rapat,bermula dari pelatih sehinggalah terjebak sebagai pekerja didalam industri ini sehinggalah ke hari ini. Aku tak nak kaitkan dengan "cable" (org dalam, tengah,tepi) sbb aku belum melaluinya lagi. INSTEP atau lebih dikenali sebagai Institut Teknologi Petronas merupakan batu loncatan bagi mereka yang ingin menceburi industri ini sebagai Juruteknik@technician,operator dan pembantu makmal ( ni zaman aku)Tapi jangan tersilap, sebab pada zaman aku dahulu (2002-2003) tak semua rakan- rakan pelatih yg berjaya menamatkan latihan diserap oleh PETRONAS sbg pekerja mereka.  My Otai,Junior and Me.   Sebelum pergi jauh sikit lagi,pastikan anda seorang yang sihat wal afiat sebelum memohon mana-mana syarikat ini. Sihat dari segi tubuh badan, (BMI) kesemua panca indera. Tak payah cuba nak tipu sebab sebelum menjadi pelatih dan pekerja mereka, anda di keh...

Kelangsungan...

Imej
السلام عليكم Hampir setahun blog ini bersawang disebabkn mood sudah tiada untuk mengisi sesuatu diruang ini. Walaubagai manapun bila terbaca email yg bertanyakan sesuatu berkenaan isi blog ini aku menjadi terpanggil untuk menulis semula. Benarlah kata isteriku, kita menulis dgn harapan ada insan-insan yg dapat dibantu secara langsung @ tidak dan ia tetap dikira sbg satu pertolongan. Ganjarannya biarlah di berikanNya di hari kemudian. Tetapi apa yang harus aku tulis??? Pernah terbaca dari blog seseorang yang mana pernah berkata 'kalau mahukan kelangsungan blog, biarlah kita menulis sesuatu yang kita minat, tahu dan terlibat secara langsung dengannya'. Apakah itu??? Secara umum ianya akan di kaitkan dengan ruang lingkup pekerjaanku sebagai Juruteknik Mekanikal di dalam industri minyak dan gas (O&G)serta kegiatan di luar pantai (Offshore). إن شاء الله  Next, saya akan tulis Bagaimana dan Apakah Syarat Yg Diperlukan Untuk Menjadi Pekerja Didalam Industri O&G.

Bagaimana Meyambut Kelahiran Bayi di Qatar Siri 2 (Penamat)

Imej
   Bagi yang ingin memilih kelesaan ketika melawat terutama seperti kami yang masih mempunyai anak-anak kecil, anda dinasihatkan terus pergi ke kaunter untuk menempah  "Private room". Kelebihannya ialah waktu lawatan yang tiada had, dan kebebasan untuk melawat tidak kira peringkat umur dan "degree of relative".    Bayaran untuk bilik tersebut ialah Qr600/hari dan mesti dibayar untuk 3 hari sekaligus. Yang kurang best kalau duduk 2@1 hari pun tetap akan dikira Qr1800,lebih hari kena tambah. Tapi biasanya 3 hari adalah terbaik untuk rawatan susulan untuk bayi dan ibu, akan dilakukan di wad berbanding kita nak berulang datang ke hospital setiap hari. Anak bertuah ini juga telah dikhitankan@ bersunat setelah doktor mendapatkan kebenaran daripada kami.    Seterusnya apabila ibu dan bayi akan di "discharge" nurse bertugas akan memberikan checklist akan perkara yang perlu dibuat oleh ibu bapa untuk mendapatkan surat beranak. Surat beranak (dokumen) amat pe...

Hari Lahir Adam Darwisy yg Ke 4 Masihi.

Imej
Dah 4 tahun Assalamualaikum, Berselang dulu dengan kisah anak sulong ni yang sudah berumur empat tahun harini. Minta maaf la Abang sebab Abi bertugas di perairan "Gulf" untuk kesinambungan kita sekeluarga di rantauan.   Berbalik pada si Sulong ni, dapat diperhatikan bahawa dia seorang yang lemah lembut dan mudah mengalah tapi petah berkata-kata dan pandai memujuk. Perwatakan memang boleh dikatakan hampir keseluruhan menyamai Umminya.    Kalau di rumah dialah teman atau pemberi idea utk Abi lakukan aktiviti luar seperti berbasikal dan memancing. Dia juga sudah boleh memberi pendapat dan berbincang dalam sesuatu perkara. Alhamdulillah dia juga sudah mengenal akan abjad dan "alphabet" termasuklah huruf ijaiyah dalam Muqaddam, juga doa-doa harian berkat ajaran Umminya.    Bila tengok gambar-gambar lama aku hanya terseyum sendiri, memang benar amat cepat masa berlalu. Melihat perkembangan mereka bersyukurku pada Allah akan nikmat yang diberi pa...

Bagaimana Meyambut Kelahiran Bayi di Qatar Siri 1

Imej
Assalamualaikum, Pergh memang dah lama sepi tempat ni kan? Oklah untuk rehat yang panjang akhirnya isteriku ada menegur pasal blog yg dah lama sgt tak diupdate. Katanya mungkin  kali ni boleh berkongsi pengalaman untuk sambut kelahiran anak ke tiga (3) kami di luar negara (Qatar). Proses-prosesnya akan diupdate kemudian kerana kami masih "menunggu hari". "Due date" yg diberi doktor adalah pada 13/5/2013, tetapi mengikut pengalaman yang lepas sememangnya anak kami akan lahir 2 minggu awal dari tarikh yang di beri.Jadi dipendekkan cerita kami jadikan abang-abang si bayi ini sebagai "bench mark". Sebelum dok kecoh-kecoh nak masuk wad apa ke benda pun pastikan di mana isteri hendak @ selesa bersalin. Samaada hospital kerajaan atau swasta terpulang kepada kemampuan dan ketahanan mental si isteri. Kenapa cakap begitu~ Yelah zaman internet hari ni macam-macam cerita dapat baca dari laman A,blog Si B, update FB si C yg hospital tu tak bagus service, hospital tu ...