Bagaimana Saya Membuat Ikan Pekasam di Qatar
Assakmualaikum,
Ahamdulillah dah masuk Ramadhan ke 11 maknanya dah melepasi 1/3 bulan kami berpuasa di Qatar dan lebih tepatnya Al - Wukair. Bazar-bazar tiada disini jadi apa yang tekak rasa nak makan terutamanya hidangan "kampung" kenala buat sendiri.
Hari ni saya nak kongsi lagu mana nak buat ikan pekasam mengikut resepi mak saya di yang berada nun jauh di Malaysia.
1. Pertamanya saya on skype hehehe, nak tanya lagu mana buat pekasam.Ikan yang ada di dapur ialah ikan tilapia yang dibeli di Al Meera.QAR 20 sekilo.
2. Mak kata basuh ikan sebersih bersihnya dan bubuh garam kasar @ halus agak2 ~ Bab ni yang agak payah ni main agak-agak hahaha.Takpe kita ikut 1kilo ikan 100g garam.Tapi saya rasa saya bubuh lebih sbb agak-agak juga.
3. Peram semalaman kasi awet dan tak bagi ikan hancur.Tapi disebabkan esok nak naik offshore saya buat short cut iaitu di peram sebentar sahaja. Garam tak sempat nak "mesra" katanya.
4. Selepas tu goreng beras tanpa minyak sampai kuning.Macam dalam gambar .Lesung batu kami tak ada jadi blender jadi mangsa keadaan.Jangan terlalu lumat tak ada "feel" nanti.
5. Selepas tu sediakan air asam pekat untuk di jadikan "gam" untuk lumur pada ikan dan di sumbat dalam perut ikan tersebut.
6. Saya keluarkan ikan semula dari balang dan sapu semua beras + asam jawa pada ikan.Susun ikan dalam balang elok-elok.
7. Kalau ada lebihan beras tadi tuang semua dalam balang tadi dan tutup dgn kemas sekali.Kebetulan sini cuaca panas maka lalat dan seangkatan dengannya tiada tp untuk langkah berjaga-jaga tutuplah bekas dengan kemas sekali.Esok pagi Insya Allah akan disumbat dalam peti
8. Tunggu seminggu nanti boleh goreng ~ Maknanya masatu dah balik dari offshore.Insya Allah

Nak cari sepat,puyu memang takderlah kat sini. |

Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.