AKU DAN SESUATU
Alhamdulillah anak semakin hari semakin membesar dengan baik dibawah seliaan Uminya yg selalu realistic dalam mendidik anaknya.
Aku macam biasa terdampar di lautan yang seakan tiada bertepian..ceh bermain kata2 la pulak.Nila perkara yang aku tgh dok pikir la ni.Samaada aku nak terus stay kat company aku kononnya untuk 'Sake of the Nation" atau cari jalan untuk for the Sake of Myself.Bunyi macam pentingkan diri tapi bila orang yang laungkan slogan tu dah blah dan yang datang "lain macam je bunyinya" mungkin kena fikir alternative lain kot.
Teringat pulak aku ayat al Quran yang bermaksud :
"Allah mengangkat kedudukan orang yang beriman dan mereka
yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat kebesaran".
(al-Mujadalah – ayat 11).
Selain itu hadis pertama yang aku hafal dalam hidup aku termasuk bahasa arabnya sekali sewaktu menuntut di SAR (Sekolah Agama Rakyat)
"Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap umat Islam laki-laki dan perempuan".
Sewaktu menghadiri kursus di Bintulu,fsilitator tersebut ada menyentuh perkara ini dan apa yang penting sebenarnya adalah ilmu dalam melakukan perkara apapun.Aik kan dah ada dalam Al-Quran kenapa dia cakap benda yang sama.Memang dah ada tapi pernahkah aku sendiri mengambil berat dan betul2 memahami maksudya?
Dia juga menceritakan pengalaman hidupnya start dari pensyarah kanan sebuah IPTA sehinggalah menjual nasi lemak secara kecil-kecilan.Nak buat nasi lemak pun kena ilmu juga kalau tak jadi nasi apa-apa entah.Memangla boleh dijadikan renungan untuk semua peserta.
Dalam panjang-panjang ceramah dia yg paling aku ingat (isi-isi lain hampir lupa kot hahaha) ialah satu gambar rajah yang macam ni...
So apa yg menariknya lukisan budak tadika ni?Sebenarnya dia lukih lagi huduh dari ni tapi takpe yang penting isi dia iaitu:
Kitar hidup kita tak kira dalam apa bidang samaada hidup seharian,kerja ,rumah tangga ,masyarakat dan sebagainya.Ranjau tu memang dah ada dan perlu ditangani dengan cara kita sendiri sebab ini hidup kita dan matipun sendiri jugak nanti.Kalau tak percaya cuba ajak orang lain "jom mati sesame"? (nak terkeluar dari mulut pun aku tak berani).Kalau yang beragama islam ikutla petunjuk yang diberi oleh utusanNya Nabi Muhammad S.A.W.
Bab ranjau tadi, kalau kita nak cabut satu-satu memang boleh dilakukan tapi memang ambil masa dan tersilap langkah ranjau tu pulak akan melukakan kita dan menyebabkan usaha lain diperlukan untuk "merawat luka" tadi.Kitaran hidup di buat bulat kerana ianya akan sentiasa bergerak samaada masanya pendek @panjang.
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.