Menunggu Hari Telah Berakhir -6 SYAABAN 1431

Assalamualaikum,
Bertemu untuk bercerita lagi apabila pada pukul 5.00 subuh Adam Darwisy buat perangai tak mahu tidur.Saya dan istrei kehairanan kerana malam tadi si anak tidur lewat.Tak apala alang-alang terjaga terus mandi dan Ber "Subuh" di Surau al Mustaqim.
Balik dari surauje isteri cakap sakit yang  tertahan,dengan muka selambanya (buat-buat selamba takut isteri panik) saya terus ambilpakaian stand by dan kunci kereta biras dan terus start enjin.

Barang keperluan yang dah di prepare diangkat bersama.Saya terus pasang emergency light (sebenarnya tak perlupun) dan terus ke hospital berdekatan.Sampai je ada 2 orang petugas dekat emergency station.Terus diorang nak bawa pergi bilik 23 suit bersalin.Tiba2 tu sen"Alamak beg tangan bini tertinggal" tp staff  yg ada senyum dan berkata "sik apa bang,buku PINK ya dah cukup" Alhamdulillah settle satu perkara.
Dalam dok cari parking terlintas jugala bini kena caesar yela samapai ke last minit anak songsang kedudukannya.Tak pelah berserah pada Allah kerana dia lebih mengetahui.Lepas buat pendaftaran saya terus ke suit 23 dan waktu tu dalam 0615.Takpela dudukla sekejap.Nurse beri pakaian bini dan memaklumkan bahawa bayi berkeadaan songsang,lagila berdebar jadinya
Tiba-tiba rasa nak masuk terus tanya nurse dan dia kata dah bersalin secara normal.Alhamdulillah saya terus  buat sembahyang sunat syukur.
Isteri keluar dari suit saya tak perasan sebab waktu tu pergi tempah barang makan(tunggu dekat setengah jam tak ada berita).Dah di wad barula anak tu di azankan.Terkilan juga rasa sebab sepatutnya anak tu terus diazankan bila lahir tapi dekat 0.5 jam juga saya tunggu dan akhirnya barula saya berpeluang mengazankan bayi kami di wad kelas 3 hospital berkenaan.Dah minta kelas 1 diorang cakap 1bilik reserve untuk doktor dan satu lagi standby untuk H1N1 kes.Mintak kelas 2 dah penuh... Alahai kesian anak dengan isteri saya getus hati kecik ini. 
Saya terus jumpa isteri dan memaklumkan perkara berkenaan,dia terima dengan redha,saya masih tak puas hati sebab duk kelas tiga sebab konon dah booking kelas 2 dah kalau kosong upgrade ke kelas 1-come on man 1st come 1st servela kan ini goment punya hospital bukan hospital $wa$ta main booking-booking .
Disebabkan muka yang masih "tarik" baik punya akhirnya isteri bersuara "Kalau diberi  kesihatan anak  yang baik tapi di kelas 3 berbanding kesihatan anak yang kurang baik dan di kelas satu  agak-agak mana B pilih?Saya terdiam dan tersengih-sengih-korang sebagai ayah dan bakal ayah mesti tahu apa pilihan saya kan?
Erm kadang -kadang saya terlupa yang nikmat kesihatan yang di beri oleh Allah lebih besar dari keselesaan wad yang sementara .
Inilah wajah putera kami yang dikandung uminya 9 bulan 12 hari.

Nie wajah orang yang disayangi kami anak beranak


Dan muka abi yang ceria sambut anak ke-2.Semoga menjadi ayah yang lebih hebat lagi.
Akhir sekali snap jugala poster kempen hospital yang kreatif untuk ingatan para ibu.

InsyaAllah entri akan datang saya akan bawakan blogger jemputan untuk menulis cerita sebenar dari tuan empunya badan yang mengandung anak songsang dan melahirkan secara normal.Ikutilah pengalaman beliau di samping tips-tips yang berguna untuk para ibu dan bapa di luar sana.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?