Nama Untuk Anak

Assalamualaikum dan bersua tulis lagi.
Hari ni saya dan isteri buat list untuk menamakan bakal anak kami yang akan lahir nanti.Harap doakan kesejahteraan mereka dan di beri ketenteraman dalam proses bersalin nanti.
Rujuk punya rujuk dan bincang punya bincang akhirnya saya sendiri menerbitkan tiga nama pilihan untuk di berikan kepada zuriat kami itu.Isteri saya cuma dapat satu.Owh ye nak beri mudah keadaan, isteri akan menamakan bayi itu jika dia seorang perempuan (dengan izin saya dulu ) dan kalau lelaki sayalah akan menamakannya.
Nama yang di cadangkan saya ialah
1. Daiyan Danish - Hakim Bijak
2. Hafiz Syahmi - Pelindung Mulia
3. Rafiuddin Hafiz - Pendukung Agama yang Pelindung


Nama yang dicadang isteri pula ialah
1. Balqis Dayani - Ratu Taat
2. Balqis Huda - Ratu Petunjuk kepada Kebenaran


Nie akan di buat sembahyang istikaroh dulu dalam memilih nama untuk bayi kami nanti Insya Allah.


p/s : Dah 3 kali scan Dr cakap kemungkinan besar lelaki,tapi orang-orang lama tengok bentuk perut bini saya diaorang cakap perempuan - bukan seorang je yang tegur agak ramai termasukla di Bintulu sini.
Kepada sesiapa yang nak senarai nama anak-anak lelaki dan perempuan bolehla mail kat sini.Nanti saya beri dalam bentuk MW 2003.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?