Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Ibadah Puasa Orang Laut

Imej
Assalamualaikum,

Hari nie aku nak cerita pasal perjlanan puasa orang di offshore sebagaimana yang saya alami sendiri sepanjang 15 Hari DI laut lepas.Nak di jadikan cerita dalam perjalaanan singgah la kejap kat masjid kat Bandar kemaman yang betul2 tepi jalan.kalu yang selalu lalu lalang jalan tue mesti perasan kot.adala snap gambar masjid tue untuk buat kenangan.Selepas magrib perjalanan di teruskan ke heli base.On the way singgah kat kedai untuk isi perut setelah 3 jam perjalanan dari rumah mak bapak saya.Tokey kedai buka siaran RTMdan masuklah part diumumkan puasa.Macam biasala mukadimah dia kalau anda perasan yang tak berubah dari sejak saya mengerti dan faham apa itu puasa.Ermm orang dia tak berubah jugak kot,moga beliau dipanjangkan umur untuk buat pengumuman puasa tahun depan pulak.Insya Allah. 


Niela peristiwa yang berlaku kat sana.Puasa bukan penghalang kerja rutin kami.Zaman nabi dulu baginda SAW dan pengikutnya  berperang dalam bulan puasa,betapa dasyatnya iman mereka.
Setaka…

Perjalanan Sepi

Assalamualaikum,
Hari ni dah masuk 6 Ramadhan dan selama itu jugalah aku berpuasa di tengah-tengah laut China selatan.Tak banyak bezanya sebab menjalankan kewajipan ni bukan kira tempat tapi bagaimana kita menghayati kemuliaan bulan tersebut.
Perjalalanan sepi tue tak ada kena mengena dengan sambutan Ramadhan untuk saya tahun ni tapi ia berkenaan dengan perjalanan saya merentasi tanah besar semenanjung dengan tanah Borneo.Bayangkan sensorang dalam kereta dari kampung ke air port merentasi tiga negeri yang biasa di penuhi dengan kebingitan anak memulas volume radio dan gelak tawa isteri tiba-tiba disulami kekosongan (ceh bermadah pujangga).Itulah cabaran sebagai seorang Abi dalam mencari rezeki halal lagi berkat untuk keluarga.
Dan sekarang,rasanya nak sambung lagi pun dah malas bukan sebab kerana puasa tapi tak ada mood yang baik untuk mengarang cerita untuk blog ini.Insya Allah minggu depan saya sambung pasal rawatan,petua dan amalan selepas bersalin untuk isteri dan anak yang digun…

Lahirnya Daiyan Danish!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..Daiyan Danish selamat dilahirkan sebagai bayi yang sempurna fizikal nya dan sihat tubuh badannya walaupun dilahirkan ‘songsang’.  Kelahirannya amatlah dinantikan penuh debaran oleh saya dan suami tercinta, kebetulan banyak juga dugaan yang kami lalui sebelum kelahirannya ke dunia.  Namun, sebagai hamba Nya kami redha dan sentiasa memohon diberikan segala kebaikan, kemudahan dan kesejahteraan  kepada kami sekeluarga.  Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui.    28 Jun 2010 merupakan  pemeriksaan antenatal  terakhir sementara berada di Chini, kebetulan doctor pada masa saya ke klinik mempunyai masa senggang selepas kesibukan beliau dengan temujanji  bersama pesakit lain.  Hari itu, kandungan saya di ‘scan’ untuk kali terakhir oleh pihak klinik Kesihatan Chini, untuk kejutan kami suami isteri, doktor mendapati kedudukan bayi seakan-akan melintang dan pada pengiraan mereka pada waktu itu kandungan hampir p…