Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Bagaimana menyertai Industri O&G?

Imej
السلام عليكم      Di sini apa yang dicoretkan adalah apa yg dilalui aku sendiri dan kawan-kawan rapat,bermula dari pelatih sehinggalah terjebak sebagai pekerja didalam industri ini sehinggalah ke hari ini. Aku tak nak kaitkan dengan "cable" (org dalam, tengah,tepi) sbb aku belum melaluinya lagi. INSTEP atau lebih dikenali sebagai Institut Teknologi Petronas merupakan batu loncatan bagi mereka yang ingin menceburi industri ini sebagai Juruteknik@technician,operator dan pembantu makmal ( ni zaman aku)Tapi jangan tersilap, sebab pada zaman aku dahulu (2002-2003) tak semua rakan- rakan pelatih yg berjaya menamatkan latihan diserap oleh PETRONAS sbg pekerja mereka.  My Otai,Junior and Me.   Sebelum pergi jauh sikit lagi,pastikan anda seorang yang sihat wal afiat sebelum memohon mana-mana syarikat ini. Sihat dari segi tubuh badan, (BMI) kesemua panca indera. Tak payah cuba nak tipu sebab sebelum menjadi pelatih dan pekerja mereka, anda di kehendaki menjalani pe

Kelangsungan...

Imej
السلام عليكم Hampir setahun blog ini bersawang disebabkn mood sudah tiada untuk mengisi sesuatu diruang ini. Walaubagai manapun bila terbaca email yg bertanyakan sesuatu berkenaan isi blog ini aku menjadi terpanggil untuk menulis semula. Benarlah kata isteriku, kita menulis dgn harapan ada insan-insan yg dapat dibantu secara langsung @ tidak dan ia tetap dikira sbg satu pertolongan. Ganjarannya biarlah di berikanNya di hari kemudian. Tetapi apa yang harus aku tulis??? Pernah terbaca dari blog seseorang yang mana pernah berkata 'kalau mahukan kelangsungan blog, biarlah kita menulis sesuatu yang kita minat, tahu dan terlibat secara langsung dengannya'. Apakah itu??? Secara umum ianya akan di kaitkan dengan ruang lingkup pekerjaanku sebagai Juruteknik Mekanikal di dalam industri minyak dan gas (O&G)serta kegiatan di luar pantai (Offshore). إن شاء الله  Next, saya akan tulis Bagaimana dan Apakah Syarat Yg Diperlukan Untuk Menjadi Pekerja Didalam Industri O&G.

Bagaimana Meyambut Kelahiran Bayi di Qatar Siri 2 (Penamat)

Imej
   Bagi yang ingin memilih kelesaan ketika melawat terutama seperti kami yang masih mempunyai anak-anak kecil, anda dinasihatkan terus pergi ke kaunter untuk menempah  "Private room". Kelebihannya ialah waktu lawatan yang tiada had, dan kebebasan untuk melawat tidak kira peringkat umur dan "degree of relative".    Bayaran untuk bilik tersebut ialah Qr600/hari dan mesti dibayar untuk 3 hari sekaligus. Yang kurang best kalau duduk 2@1 hari pun tetap akan dikira Qr1800,lebih hari kena tambah. Tapi biasanya 3 hari adalah terbaik untuk rawatan susulan untuk bayi dan ibu, akan dilakukan di wad berbanding kita nak berulang datang ke hospital setiap hari. Anak bertuah ini juga telah dikhitankan@ bersunat setelah doktor mendapatkan kebenaran daripada kami.    Seterusnya apabila ibu dan bayi akan di "discharge" nurse bertugas akan memberikan checklist akan perkara yang perlu dibuat oleh ibu bapa untuk mendapatkan surat beranak. Surat beranak (dokumen) amat pentin