Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Hari Lahir Adam Darwisy yg Ke 4 Masihi.

Imej
Dah 4 tahun Assalamualaikum, Berselang dulu dengan kisah anak sulong ni yang sudah berumur empat tahun harini. Minta maaf la Abang sebab Abi bertugas di perairan "Gulf" untuk kesinambungan kita sekeluarga di rantauan.   Berbalik pada si Sulong ni, dapat diperhatikan bahawa dia seorang yang lemah lembut dan mudah mengalah tapi petah berkata-kata dan pandai memujuk. Perwatakan memang boleh dikatakan hampir keseluruhan menyamai Umminya.    Kalau di rumah dialah teman atau pemberi idea utk Abi lakukan aktiviti luar seperti berbasikal dan memancing. Dia juga sudah boleh memberi pendapat dan berbincang dalam sesuatu perkara. Alhamdulillah dia juga sudah mengenal akan abjad dan "alphabet" termasuklah huruf ijaiyah dalam Muqaddam, juga doa-doa harian berkat ajaran Umminya.    Bila tengok gambar-gambar lama aku hanya terseyum sendiri, memang benar amat cepat masa berlalu. Melihat perkembangan mereka bersyukurku pada Allah akan nikmat yang diberi pada k

Bagaimana Meyambut Kelahiran Bayi di Qatar Siri 1

Imej
Assalamualaikum, Pergh memang dah lama sepi tempat ni kan? Oklah untuk rehat yang panjang akhirnya isteriku ada menegur pasal blog yg dah lama sgt tak diupdate. Katanya mungkin  kali ni boleh berkongsi pengalaman untuk sambut kelahiran anak ke tiga (3) kami di luar negara (Qatar). Proses-prosesnya akan diupdate kemudian kerana kami masih "menunggu hari". "Due date" yg diberi doktor adalah pada 13/5/2013, tetapi mengikut pengalaman yang lepas sememangnya anak kami akan lahir 2 minggu awal dari tarikh yang di beri.Jadi dipendekkan cerita kami jadikan abang-abang si bayi ini sebagai "bench mark". Sebelum dok kecoh-kecoh nak masuk wad apa ke benda pun pastikan di mana isteri hendak @ selesa bersalin. Samaada hospital kerajaan atau swasta terpulang kepada kemampuan dan ketahanan mental si isteri. Kenapa cakap begitu~ Yelah zaman internet hari ni macam-macam cerita dapat baca dari laman A,blog Si B, update FB si C yg hospital tu tak bagus service, hospital tu

Hari Sukan Qatar

Assalamualaikum, Semalam Hari Sukan Qatar @ Qatar Sports Day.Uniknya hari sukan ini telah diistiharkan sebagai hari cuti bagi seluruh Qatar pada setiap hari Selasa pada bulan Februari minggu Ke-2 setiap tahun. Tiada tarikh tetap yer. Ianya diilhamkan oleh Putera Mahkota Emir Qatar. Sementelaah aku menyambutnya di offshore jadi tak terasa sangatla kesannya. Walau bagaimanapun kami disini juga menyambutnya dengan jamuan makan "istimewa" dari camp boss dan cooked2 yang handal dalam masakan mereka. Aku ambik lobster@ udang kara separuh jerla untuk jaga kolestrol dalam tubuh hehehe. Kawan- kawan lain aku  tgk sampai 2@3 belah udang kara tu.. pergh dasyat. Udang lagi, burung puyuh lagi, ketam lagi, kambing penuh pinggan hehehe. Sabar "parei" (kawan) nanti tercekik baru hang tau. Opps sebenarnya ini menu "biasa" bagi mana-mana rigs dalam dunia ni jika kita sambut hari istimewa.Owh saya bercakap bukan pasal menu tapi bercakap pasal kandungan kolestrol dan kalor

Sebulan Berlalu

Imej
Asssalamualaikum, Sebulan dua hari telah berlalu Allahyarham Ayah telah meninggalkan kami semua.Dan kini aku dan keluarga telah kembali semuala ke Qatar untuk meneruskan perjalanan sementara ini yang belum berakhir.Alhamdulillah anak-anak aktif dan tiada istilah jet lag untuk mereka.Cuma Umi mereka agak keletihan mungkin kerana mengandung anak ke-3 kami. Alhamdulillah semua telah selesai,Moga roh Ayahanda Abdul Rahim bin Ismail sentiasa dicucuri Rahmat dan dipermudahkan urusan di "sana". Anak-anak cuma menyebut yang "TokWan dan meningal" tapi mungkin mereka belum mengerti apa yg dimaksudkan dengan perkataan- perkataan tersebut. Insya Allah suatu hari nanti mereka akan faham. Mati itu pasti,Hanya Allah yang kekal abadi. Ermm tgh menulis ni teringat pulak hari ada appointment di Doha Clinic dgn doktor. Mungkin isteri akan bertanya tentang sesuatu berkenaan kandungannya kerana di "tegur" jururawat bertugas ketika pemeriksaan di Klinik Bintulu ~ Nam