Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Menunggu Hari Telah Berakhir -6 SYAABAN 1431

Imej
Assalamualaikum, Bertemu untuk bercerita lagi apabila pada pukul 5.00 subuh Adam Darwisy buat perangai tak mahu tidur.Saya dan istrei kehairanan kerana malam tadi si anak tidur lewat.Tak apala alang-alang terjaga terus mandi dan Ber "Subuh" di Surau al Mustaqim. Balik dari surauje isteri cakap sakit yang  tertahan,dengan muka selambanya (buat-buat selamba takut isteri panik) saya terus ambilpakaian stand by dan kunci kereta biras dan terus start enjin. Barang keperluan yang dah di prepare diangkat bersama.Saya terus pasang emergency light (sebenarnya tak perlupun) dan terus ke hospital berdekatan.Sampai je ada 2 orang petugas dekat emergency station.Terus diorang nak bawa pergi bilik 23 suit bersalin.Tiba2 tu sen"Alamak beg tangan bini tertinggal" tp staff  yg ada senyum dan berkata "sik apa bang,buku PINK ya dah cukup" Alhamdulillah settle satu perkara. Dalam dok cari parking terlintas jugala bini kena caesar yela samapai ke last minit anak songsang

Menunggu Hari 4

Imej
Assalamualaikum, Bersua tulis lagi hari untuk minggu ke 2 saya dan keluarga di Bintulu.Isteri belum bersalin lagi dan masih di sebelah saya buat masa ni bersama putera kami Adam Darwisy.Isteri tersayang dalam keletihan mungkin masa makin hampir untuk bersalin kali ke 2.Insya Allah di permudahkan olehNya. Hari ni isteri minta beli air tin,jadi sebelum Sembahyang Jumaat tadi sempatla belikan untuk dia.Puas dengan apa yang dia dapat kot di buatnya bubur pedas-lazimnya di Bintulu,pada bulan puasa memang dah menjadi salah satu menu untuk berbuka dengan benda alah ni. Bercerita pasal menu ni ada jugala saya rujuk orang lama-lama untuk persediaan bagi penyediaan menu untuk orang berpantang lepas bersalin.Minta maaf cakapla tak semua saya ikut terutamanya kes-kes makan nasi dengan ikan bilis sahaja.Saya rasa sayur-sayur dan daging berkhasiat juga perlu dalam memberikan mineral dan zat  dalam membantu proses "pemulihan" si isteri. Kebanyakan menu saya ambik dari buku yang di beli

Belangkas

Imej
"Macam belangkas" itulah antara pepatah yang sering kita dengar.Maksudnya lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja.Nie afdol untuk yang berkahwin sahaja,pakwe makwe,tunang tuneng tak boleh dan tak aci.  Yang bawah ni belangkas mentua saya ambik kat pantai subuh2 aritu.Ada 13 ekor sumanya.Agak-agak masak apa sedap erk? Besar saiz belangkas ni adala besar sedikit dari muka saya.Ni ukuran tak rasmi tapi kalau nak diikutkan makhluk Allah ni datang dalam pelbagai saiz. Yang bawah ni ipar saya rebus dan cicah dengan air asam.Rasanya lemak-lemak macam telur ikan.Isi dia ada juga kalau pandai cari klau tak pandai baik lupakan saja sebab saya pun tak tau.Kebetulan adik ipar ajar baru tau. Ada yang cakap dan dengar-dengar yang belangkas ni boleh buat duit sebab ada nilai komersial macam petikan berita di bawah ni  Untuk nama saintifk ke,nilai perubatan ke bolehla klik kat sini. p/s : Untuk hari ini saya masih menunggu kehadiran orang baru da

Menunggu Hari 3

Hari ni bini aku berurut sebab semalam pergi jumpa doktor dia cakap "adik" dalam perut songsang.Dr tue ada cakap jangan pergi berurut takut mencederakan bayi.Saya bukan nak melawan doktor tu tapi berdasarkan pengalaman yg cetek ni  kita boleh juga cuba cara tradisional untuk jadikan kaedah perubatan asalkan ianya tidak menyalahi syarak. Selepas berbincang, bini saya pun setuju dan pagi tadi Alhamdulillah dah siap.Di "buka ruang" sedikit untuk anak bergerak@berpusing kata Makcik Tipah (bidan anak kami yang pertama).Insya Allah jika diberi kemudahan olehNya isteri akan bersalin normal. Bercakap pasal Dr tue mengingatkan saya  semasa kami ke KPJ specialist Hospital di Kuantan.Dr perempuan tu ada cakap yang pakar perubatan "sepertinya" tak percaya pantang larang orang2 melayu.Awak boleh makan apa saja yang awak nak makan.Terngiang-ngiang juga kata2 doktor tue di telinga saya sampai hari ini.Disebabkan isteri yakin (Dr tue di yakini Melayu) dia bedal air tebu

Persediaan Selepas Bersalin

Imej
Assalamualaikum, Yang ni sebenarnya layak ditulis oleh isteri saya sebabnya dia yang megalaminya secara "on line".Saya pemerhati sahaja.Takpela sebagai pemerhati saya tuliskan pengalaman saya serba sedikit untuk panduan yang mana boleh di jadikan rujukan sampingan. Antara persediaan penting adalah mental si Bapa untuk menghadapi situasi isteri lemah,anak kemungkinan demam,kuning dan sbgnya.Pada waktu2 ini banyakkan berdoa dan berusaha supaya dijauhkan dari penyakit dan mudarat kpd diri sendiri,isteri dan zuriat yang dah sedia ada dan yg baru datang ke dunia ini.  Ini petua nenek bini aku yg mesra dengan panggilan Nek Leng.Aku berdoa Ya Allah agar diberi limpah rahmat kepadanya dan kesihatan yang baik sehingga ke akhir hayat.Budi baik mu hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya.Amin. Penyediaan bahannya adalah seperti berikut : 1.Taik Angin    2.Majakani 3.Biji Kedaung 4.Daun Sembong (versi kering & segar dari hutan) Nak buat apa dengan semua ni?Nantila aku ce

Botol Air Baru Untuk Adam

Imej
Assalamualaikum, Semalam just round kat hospital nak bagi GL kepada kaunter,bila sampai di cakap dia dah terima dari ING.Okla tu maknanya masing2 ada buat kerja.  Sperti biasa saya dan isteri nak pergi pasaraya jap nak beli barang2 untuk persediaan isteri selepas bersalin.Dalam perjalanan tu saya baru teringat tak nampak botol air mati adam tak ada di tangan Adam.Tanya wife mana botol Adam?O'w o dah tertinggal di Hospital.Wife pun minta tolong adiknya yang kebetulan hendak ke hospital tolong carikan botol tersebut dan jawapannya amat mengecewakan-tak ada rezeki la tu.  Takpela kebetulan ke pasaraya beli la satu yang baru untuk dia.Rezeki anak la tu,lagipun botol dia dah setahun lebih kot kalau tak salah umi dia belikan untuk Adam belajar minum air mati dengan kadar yang agak banyak pada fikiran sesetengah orang melayu macam saya nie.    Apa hal pulak kecoh2 kat bawah tue.Nanti saya pergi tengok. Buat masa ni stop dulu lagipun wife ada appointment dengan doktor pukul 2.00

Nama Untuk Anak

Assalamualaikum dan bersua tulis lagi. Hari ni saya dan isteri buat list untuk menamakan bakal anak kami yang akan lahir nanti.Harap doakan kesejahteraan mereka dan di beri ketenteraman dalam proses bersalin nanti. Rujuk punya rujuk dan bincang punya bincang akhirnya saya sendiri menerbitkan tiga nama pilihan untuk di berikan kepada zuriat kami itu.Isteri saya cuma dapat satu.Owh ye nak beri mudah keadaan, isteri akan menamakan bayi itu jika dia seorang perempuan (dengan izin saya dulu ) dan kalau lelaki sayalah akan menamakannya. Nama yang di cadangkan saya ialah 1. Daiyan Danish - Hakim Bijak 2. Hafiz Syahmi - Pelindung Mulia 3. Rafiuddin Hafiz - Pendukung Agama yang Pelindung Nama yang dicadang isteri pula ialah 1. Balqis Dayani - Ratu Taat 2. Balqis Huda - Ratu Petunjuk kepada Kebenaran Nie akan di buat sembahyang istikaroh dulu dalam memilih nama untuk bayi kami nanti Insya Allah. p/s : Dah 3 kali scan Dr cakap kemungkinan besar lelaki,tapi orang-orang lama tengok

Menunggu Hari 2

Imej
  Assalamualaikum, Hari ni dah Jumaat semula,sesetengah kata kiamat hari Jumaat mcm bos aku dok cakap klau kebetulan dia cakap pada "Morning Meeting"-Sesungguhnya orang yang paling cerdik adalah orang yang mengingati mati.  Bercerita pasal semalam aku dan  isteri adala lawat hospital dan tanya sekali lagi pasal GL dari ING dan macam biasa hospital jawab "sik ada" (tiada la).Aku call ING skali lagi dan mereka akan re faxs...dan malangnya tiada output dari mesin faxs mereka.  Aku dah berangin satu badan nak marah tapi nasib baik bini aku pujuk aku dgn beli waffle kat hospimart walaupun amat mahal hahahaha.Yala ujian naksambut umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Aku terpikir jugak nak salahkan siapa erk....yala sifat tak bagus yg wujud-nak salahkan orang.Akhirnya aku terkedu dan beristifar sendiri.  Lepastu adik ipar aku pun datang dengan suaminya tanya progress.Aku just senyum jela cakap belum selesai lagi.Owh lupa nak bagitau yang aku datang dengan

Guarantee Letter & Hospital

Assalamualaikum, Hari nie sebab ada kelapangan aku pergila jap dgn bini ke Hosp. Besar Bintulu.Alhamdulillah staff cukup ramah dan membantu.Mula2 tengok charge yg dikenakan utk Rakyat Malaysia-ok boleh diterima. Selain itu sajejer tanya pasal ING ni kebetulan aku dah memang members(company beri dengan limit tertentu). Diorang suruh aku call ING utk surat tue dan operator tu pun layanla aku sekejap.ING minta nama doktor tp orang kaunter cakap tak perlu,ING minta no pendaftaran,org kaunter cakap tak masuk wad mana ada no pendaftaran sebab hospital minta GL sahaja.Ish pening juga aku klau tak ngam macamni.  Anyway aku ada terima SMS di 3315 aku petang tadi yg mengatakan pihak ING telah faxs ke hospital dan maksudnya esok terpaksala aku pergi skali lagi ke hospital untuk check semula surat tadi...tapi esok nak pakai apa yek?     Selain lawatan ke hospital kami pergila juga ke pasaraya terdekat untuk beli buat persediaan bini aku bersalin nanti...Bini pilih dan macam biasa suamila kena

Menunggu Hari

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera, Baru-baru ni adala berjalan sekejap ke program kerajaan negeri di lapangan terbang lama di Bintulu.Memang sesak dengan orang yang datang samaada nak cuci mata,buat duit dan macam2 lagi.Aku pergi juga tapi buang duit huhuhu.. Takdela saja gurau,aku sebenarnya pergi cari set selepas bersalin untuk bini aku di sana kot ada tetapi hampehnya terasa bila mengetahui yang banyak di jual adalah  barang2 makan sahaja.Kuat betul orang bintulu makan.(jgn marah). Yang menarik perhatian aku adalah booth Perhubungan Awam Negeri dan Bintulu Developement Authority sebab memang di hias cantik dan amat berinformasi. Booth JPJ aku lawat juga,adala pegawai tu terangkan pada kami cara mengesan kereta potong,peratusan tembusan cahaya tinted yang di benarkan dan sebagainya.Point yang aku ingat ialah : 1.Penghadang matahari (ala bahagian atas kat cermin depan kereta) yang dibenarkan ialah 20% daripada tinggi (height) permukaan cermin. 2.Tembusan cahaya yang di bena

Musim Durian...Aku Terlepas Lagi

Imej
 Heh saje jer nak ungkit kisah lama pasal raja buah ini.Takpela aku terlepas tahun ni musim durian kat kampung,  ada rezeki aku akan merasa punya jgn bimbang.(tahun lepas terlepas jugak isk..isk..) Tapi disebabkan kasih ibu yg mendalam semua adik beradik aku merasa makan durian w/pun buka dari buah secara fresh....Kebijaksanaan emak kami orang terserlah bila dia buat ala2 tempoyak tp pakai buah baik punya.Sebabtula sampai ke Sarawak juga buahtu untuk ingatan besannya di sana.  Tahun ni sempat juga bini dan anak aku merasa durian fresh dari kebun sebab kebetulan pokok2 baru nak belajar jatuh dari pokok.Tapi yang tak best tu kena tunggu klau tak ada orang lain "tolong ambik" dan jawabnya kami putih mata jela.   Kadang2 aku heran juga manusia ni dia boleh buat selamba badak je ambik benda org lain punya.Masa aku dok tgh tunggu kat dusun durian ayah aku pun ada org datang, tp bila nampak aku pandai pulak diaorang cabut.Paling kurang bagila salam dah adat orang Melayu dan Islam

Bintulu...Here We Come

Imej
Assalamualaikum, Hehehehe akhirnya sampai jugala aku di Bintulu bersama anak dan isteri aku.Bersyukur sangat kerana ada rahsia yg tersirat dalam perjalanan kami pada kali ini. Apa dia?Takpela biarlah kami suami isteri simpan untuk renungan pada hari mendatang nanti.  Kami berlepas di LCCT Dalam pukul 5 pm selepas delay 0.5 jam.Takpela boleh diterima oleh semua orang dan sampai di Bintulu dalam kul 7 pm dengan bebudak UPM yg nak register masuk.Selamat berjayala pada korang semua yg memikul amanah mak bapak korang.Yang siap berantar pun ada jugak samapi satu family.Klau mak bapak aku dulu jawab dia...Ermmm lantak korangla pergi sendiri -anak jantan pandai2la bawa diri.Atas sebab didikan itu jugala Alhamdulillah kami semua adik beradik semuanya dapat berdikari dengan baiksehingga ke hari ini.  Ok sampai jumpa dan cerita lagi.....  . 

AKU DAN SESUATU

Imej
Alhamdulillah anak semakin hari semakin membesar dengan baik dibawah seliaan Uminya yg selalu realistic dalam mendidik anaknya.   Aku macam biasa terdampar di lautan yang seakan tiada bertepian..ceh bermain kata2 la pulak.Nila perkara yang aku tgh dok pikir la ni.Samaada aku nak terus stay kat company aku kononnya untuk 'Sake of the Nation" atau cari jalan untuk for the Sake of Myself.Bunyi macam pentingkan diri tapi bila orang yang laungkan slogan tu dah blah dan yang datang "lain macam je bunyinya" mungkin kena fikir alternative lain kot. Teringat pulak aku ayat al Quran yang bermaksud : "Allah mengangkat kedudukan orang yang beriman dan mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat kebesaran". (al-Mujadalah – ayat 11). Selain itu hadis pertama yang aku hafal dalam hidup aku termasuk bahasa arabnya sekali sewaktu menuntut di SAR (Sekolah Agama Rakyat) &qu

12 Rejab ,1431 (24/6/2010)

Hari  menyedihkan buat rakan-rakan aku dulu apabila berita salah seorang dari kami Allahyarham Raymee bin Abdullah Makmur telah awal menemuiNya , yang Maha Kuasa.Tapi sebagai saudara kami  redho dengan pemergianya  yang di sebabkan kompilasi jantung dan paru-paru.Tuhan amat sayangkannNya dan tidak mahu dia sakit lama.Sakitnya di pendam sahaja walau untuk pengetahuan keluarganya.(Aku tidak pasti samaada disembunyikan atau dia sendiri tidak tahu berkenaan penyakit itu) Allahyarham merupakan seorang yang periang dan amat mudah didekati,bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu,dan menjadi “talian hayat” kepada persahabatan kami semua walau dimana kami berada. Penggantinya belum tentu ada tapi diharap dengan pemergiannya jugalah persahabatan kami senua akan bertambah utuh…….    Aku dah tak tahu nak tulis apa dan aku agak terkilan tak dapat bersama beliau untuk saat-saat terakhir.Al-fatihah untuk Allahyarham Raymee dan semoga di cucuri rahmatNya dan d