Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Umrah dari Al Wakra

Imej
الحمدالله

Diberi peluang untuk mengerjakan umrah pada tahun ini disamping keluarga dan sahabat yg cukup memahami. Bersama kami 5 anak-anak syurga yg memang diketahui umum ragamnya. Jadi post ini bertujuan untuk memberi sedikit panduan untuk mereka yang berhajat untuk menunaikan umrah melalui jalan darat disamping alternatif yang lain. Semasa post ini ditulis,pemanduan kenderaan sendiri masih tidak dibenarkn oleh kerajaan samada Qatar atau Saudi saya kurang pasti. Tulisan ini berkisar kepada umrah yg dilakukan melalui pengurusan "hamlah" atau agen. Kami memilih "Labbaik" sebagai "hamlah".Visa umrah, pengangkutan, hotel diuruskan oleh mereka. Kita boleh pilih pakej yang bersesuaian dengan kemampuan perbelanjaan dan tenaga untuk dikerahkan sepanjang perjalanan apatah lagi jika bersama anak-anak kecil.    Untuk persediaan dokumen kita: 1.Pastikan tarikh luput passport melebihi 6 bulan dari tarikh perjalanan. 2.Passport anda "bercip" 3.Qatar ID yang…