Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Pendaftaran Perniagaan di SSM

Assalamualaikum, 2-3 hari lepas saya adalah pergi SSM untuk daftar perniagaan ,la senang je rupanya.Yela macam saya ni tak berapa tau sangat jadi rasa macam payah.Alhamdulillah sekarang kesedaran orang untuk mendaftar perniagaan semakin meningkat dan pendaftaran pun mengambil masa yang singkat.Tabik spring untuk mereka yang bertugas di pejabat SSM di Kuantan. Dan akhirnya terbitla “DAIYAN ENTERPRISE”  Sebagai nama perniagaan kami untuk masa hadapan.Bentuk perniagaan masih  dalam kepala dan belum diterjemahkan dalam bentuk reality.Nanti dah menjadi saya akan publishkan Insya Allah. Sampai je rumah tok wan (panggilan cucu untuk ayah saya) terkejut jugala saya bila lihat lori yang saya pandu 8-9 tahun lepas patah pinggang.Kesian lori tu, yela mungkin dah sampai masa dia "berehat" kot

Azam Aidil Adha

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari lepas-lepas untuk Sambutan Aidil Adha dah selesai dan seorang sahabat telah mengorbankan seekor lembu pada tahun ni.Kamera tak bawa sebab bawa Adam dan parang jadi kamera pun terlupa. Kat kampung sendiri biasa memang duduk kat tepi jela sebab old timer dah ramai.Nanti kalau kita pun bagi pendapat ada pulak yang meragam – sindrom orang lama jadi keputusan terbaik berdiam diri dan buat apa yang patut. Bab bekorban pula saya tahun ni tak buat,ish rasa rugi teramat sangat yela setahun sekali sahaja dapat buat korban ni itupun dah ditentukan hari-harinya pada 10,11,12 dan 13 Dzulhijjah sahaja. Insya Allah start akhir bulan ni berazam untuk buat simpanan khas untuk korban pada tahun hadapan.Kiraan kasarnya adalah : Anggaran 1 bahagian : RM 450 (kot naik tahun depan) Bulan kena kira sebelas (11)  sahaja sebab duit nak kena keluar sebulan sebelum Aidil Adha untuk tempahan lembu . 450/11 = 40.90 @ 41 sahaja. Wah boleh sa

Keputusan UPSR

Assalamualaikum, Wah-wah bagus betul keputusan UPSR tahun ini.Tahniahla pada ibubapa yang ada anak dan dapat cemerlang.Pada yang kurang jangan sedih,ia bukan penamat cerita hidup adik-adik.Erm diaorang boleh terima ke kalau kita cakap macam ni - : ) Terus terang cakap memang tak boleh terima sebab bagi mereka in adalah ujian/peperiksaan besar pertama dalam hidup mereka apatah lagi bila ibu dan bapa menaruh harapan pada mereka.Ini bercakap pasal pengalamanla ni sebab saya pun tergolong dalam golongan yang "kurang sikit" kui-kui.Diwaktu inila peranan ahli keluarga,terutama ibu bapa amat penting dalam memberi suntikan semangat baru untuk waris mereka ini.Diam bukan jalan terbaik kerana ada yang menganggap diam itu tanda marah bagi kanak-kanak.Bagi yang gatai nak kawin diam itu tandanya setuju haha -Entahla betullla kot.Berbalik pada cerita saya tadi... Masa dapat result tu terkedula sekejap tp nak buat macammana lagikan?Tapi yang bestnya Mak Ayah rilek jer bila dapat tau

Mimpi

Assalamualaikum, Pada subuh 10/11/2010 termimpikan tempat yang bernama Sg Buloh ,Ish macammana boleh termimpi tempat tue.Kalau mimpi pi ke Mekah best jugak.. yela musim2 haji nikan (Ya Allah jadikanlah kami, hambamu ini sekeluarga  menjadi tetamuMu ya Allah pada tahun yang akan datang-amin).Syukur dan bertuahla pada sesiapa yg dipilih menjadi tetamunya pada kali ini termasukla Mak Ngah saya yang berada di Jengka Pahang. Balik pasal mimpi tadi,apa alamat dia agaknya?Dulu ada Tanya ustaz pasal alamat mimpi ni dan dia jawab “Ohh tue,alamatnya ente akan  mati,jadi sentiasa tingkatkan ibadat” bederau juga darah mendengarnya.Yela kitapun dapat nilai diri kita bagaimanakan?-not prepared well. Kemudian beliau gelak dan sambung “Ente jangan bimbang semua manusia wajib mati” dan kami sama2 tergelak kecil.Moralnya sentiasa tingkatkan iman dan amal untuk menuju alam yg kekal. Bagus saya coret juga mimpi tue untuk buat kenangan pada masa hadapan. Masa terjaga:

Tinggi di PM 9

Assalamualaikum, Sekarang ni saya berada di area PM 9 sektor, pada yang biasa dan kepada yang tau mesti dapat bayangkan "ketuaan",kawasan dengan besi dan struktur yang karat dan agak mengerunkan.Bagi yg tak tau ia adalah kawasan carigali minyak dan gas bagi esso suatu ketika dulu.Sekarang stesen minyak esso pun dah jarang jumpa kan?Begitu jugalah di kawasan ini. Trip ni tak bawa kamera jadi tak adala gambar buat masa ni tp itu no 2, yang penting skali dapat abiskan apa yang di targetkan utk thn ini insya Allah. Trainee tak ramai pada pandangan saya, dan mereka beruntung dapat trainer yang berdedikasi pada anak bangsa sendiri. Sebenarnya nak tulis pasal saham tp line internet asyik disconnect jer last2 fed up malasla nak tulis lagi.kebetulan rezeki malam ni dapatla pulak line dia maka ambikla kesempatan ni menulis apa yang terlintas di kepala. BANJIR dah melanda negeri2 di utara maka ada baiknya negeri2 pantai timur bersedia.Maknanya balik ni saya kena prepare emergency p

Pergi ke KWSP Opis

Assalamualaikum, Hari ini saje jerla lepak2 sementara nak tunggu choper kul 2:45 petang.Pagi lagi dah pekena teh tarik dengan nasi dagang kat Kemasik.Kebetulan jumpa ustaz Man terus joint skali.Kebetulan rezeki ditemukan hajat untuk bertemu dgn beliau.Cadangnya nak minta petua  sikit (banyak lagi bagus hehe ) pasal jemari isteri.Katanya memang ianya biasa berlaku pada orang lepas bersalin dan apa yg dipesannya cari "Bedak Sejuk Kulit Rambai".  Aish mana la saya nak cari nieeeeee?Takpe kena usaha dulu kan.Harap isteri dirumahtu bersabar sikit ye.Suamimu disini sedang berusaha dan sentiasa berdoa akan diberi kesihatan dan di jauhi segala penyakit berbahaya.(untung kami semua sebab pagi2 sebelum start kerja memang dibacakan doa ini secara khusus). Habis minum terusla ke Opis KWSP tue pun tgk map dalam kwsp punya portal.Ala senang je nak jumpa klau di kemaman ni. Klik sini pun boleh .  Dah print semua baru teringat yang borang penamaan belum lagi diubah pada nama isteri dan