Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Isteriku Mengandung Lagi ~Berita Gembira Untuk Kami Sekeluarga

Imej
Assalamualaikum,
Alhamdulillah isteri saya Pn Nurulfatiha disahkan mengandung untuk kali yang ke-3.Perkara ini diketahui setelah kami pulang dari Dubai.Jika saya tahu isteri mengandung sebelum trip itu kemungkinan besar saya batalkan percutian tersebut tapi dah nama rezeki isteri dan anak-anak untuk kesana.
   Setelah pulang dari Dubai kami terus ke Qatar Petroleum Center Health and Wellness (QPCHW) untuk pemeriksaan bagi mendapatkan Resident Permit (RP).Kesian dua beradiktu Adam dan Daiyan kena ambil darah di lengan mereka  yang bersaiz dua jari tu tp Alhamdulillah mereka tidak menangis. Menurut doktor isteriku kena menjalani pemeriksaan X-Ray tetapi sebelum itu beliau dinasihatkan untuk menjalani urin test.
Al kisahnya disahkan beliau mengandung dengan jayanya : ). Terima kasih kepada doktor dan jururawat yng bertugas atas ucapan "Mabrouk" kalian.
   Hari ini insya Allah kami akan ke QPCHW sekali lagi untuk temujanji kami dengan pakar O&G dan klinik gigi untuk diri sen…