Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Bagaimana Menukar Air Intake & Cabin Filter Nissan Pathfinder 2006 SE

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم    Hari ni dah raya ke 6 dan di Qatar kebanyakkan sektor kerajaan dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan depa masih bercuti. Oleh terlintas projek DIY untuk kereta yang sedia berkhidmat untuk kami setiap hari. Saya bukanlah pakar tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang ada untuk rujukan pada masa akan datang.Segala penambah baikan amatlah dialu-alukan.  Langkah pertama dan yang penting ialah  ketahui dulu spesifikasinya dan beli di kedai alat ganti- yg tulin digalakkan.   Bertengkar sekejap dgn tokey kedai sbb dia bg spec "Normal", saya punya American spec, totally different. So ambil perhatian bab ni lebih sikit kalau tidak terpaksa berulang 2-3 kali ke kedai tersebut.      Original Parts ~ Pueh ati : ) Air intake filter Cabin Air Filter 8 mm spanner Buka glove box Tekan glove box kiri dan kanan sehingga ternampak "sesendal" nya Buka "hanger" untuk kerja ruang yang lebih luas Longga

Bagaimana Kami Menyambut Aidil Fitri da Qatar

Imej
بسم الله  الرحمن الرحيم   الحمدلله dah 3 hari ber"aidilfitri" di bumi Qatar disamping isteri dan anak-anak di sini.Dipermudahkan olehNya untuk pulang dari pelantar minyak Maydan Mahzam pada Hari Raya pertama.   Bermula selepas Magrib dan Isya' tiada takbir dilaungkan.Saya dan seorang rakan Malaysia Mohd Taufik hanya tersenyum sesama sendiri kerana kami ternanti-nanti detik itu semenjak Magrib lagi. : )    Takperla sebab keputusannya memang tiada Takbir Raya pada kedua waktu  tersebut. Apa yang saya lakukan pergi ke bilik buka you tube pasang Takbir dan bertakbir bersama mereka(orang dalam video tersebut) nak tergelak pun ada sedih pun ada.Apapun Raya dan Kemenangan disambut dimana-mana sahaja.Cara kita sambut "walau lagumanapun" bak kata mak saya asalkan ikut tatacara agama kita adalah baguih.   Esoknya sebelum waktu Subuh dah bergegas ke surau pelantar untuk takbir bersama-sama rakan pelantar. Tetapi apakan daya cuma terdapat 4 orang didalam surau ters

"Visa On Arrival" di Qatar Tamat Tempoh...Apa Yang Perlu di Lakukan

بسم الله الرحمن الرحيم Hari ni mmg sejarah dalam hidup yg aku mmg akui bahawa isteriku sumber kekuatanku. Dalam keadaan tidak menentu dan pelbagai permasalahan berlegar didalam kepalaku ketika itu...Pertamanya bateri kereta buat hal, mati dihadapan pejabat imigresen Al Wakrah, datang sahabat yang bernama Rizal Azhar dari Doha untuk "jumper" keretaku. الحمدالله di gerakkan hati olehNya dulu untuk membeli cable tersebut di Lulu tempoh hari. Kemudiannya dan paling utama visa familyku expired, denda QR 200/ hari . Minah kaunter di MOI siap ingatkan aku berkenaan denda tersebut selepas percubaanku yg kesekian kalinya gagal untuk memperbaharui visa tersebut. Antara tempat yang kami kunjungi untuk memperbaharui visa tersebut adalah Al Wakrah, Messaimer, dan Air Port Branch berdepan dgn Rotana Hotel dan Qatar Airways Tower. Macam mana ni mie?(panggilan untuk  isteriku yg ku kasihi). Sikkan b mok biar kitak org jak transit di Bahrain? B sik ada dgn kitak org risau

Apa Perlu di Lakukan Jika Terlibat Dalam Kemalangan

Assalamualaikum, Tajuk entri yang agak tak best tapi inilah realiti kehidupan.Ditimpakan kita dengan bencana agar kita sentiasa beringat dan juga memberi peringatan pada insan lain. Semua orang dalam dunia ni ,(pandangan sendiri) tidak mahukan kemalangan walau sekecil manapun. Tetapi jika sudah berlaku terutamanya kemalangan yang melibatkan kenderaan ....apa yang perlu di buat??? Dari pengalaman saya sendiri yang terlibat dalam kemalangan ni sama ada motorsikal dan kereta ~ (Alhamdulillah tak cedera parah dan tiada kemalangan jiwa yang terlibat) prosedur "Report" atau melaporkan pada pihak berkuasa (Polis) adalah tidak jauh berbeza sama ada di Malaysia mahupun Qatar. 1.Bila "Berdentum" jer (eksidenlatu) tekan brek cepat2,free gear dan tarik/pijak "hand brake@foot brake". 2.Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar banyak-banyak.Cooling down,kalau nervous duduk dulu dalam kereta seminit dua,apa nak fikir lebih-lebih sebab benda dah jadikan? 3.Kalau pi

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 4

Imej
Assalamualaikum, Sajer jer nak berkongsi dengan isteri detik dan tarikh perkahwinan kami berdua.Kebetulan jatuh pada 20 Ramadhan 1433H, bersamaan 08082012 M. Tengah terfikir nak bagi "sesuatu" yang istimewa kepada insan yang bergelar isteri yang sanggup bersusah payah dan kadangkala bersendirian dalam membesarkan anak-anak sepanjang 4tahun usia perkahwinan kami.Sedia maklum dengan tugas suami sebagai offshore man, melayan kerenah anak-anak yang sedang "naik" memang boleh tahan cabarannya : ) Tidaklah yang "terbaik" tetapi kesukaan isteriku Akhirnya ketika melintas sebuah kedai di Al Wakra selesai bersolat tarawih ternampaklah sebuah kedai dengan signboard nya yang hijau "merelap" ~ Tu dia,selesai masalah. Tunggu budak kedai tu bungkus,sembur-sembur sikit, "finish sir,QR xx.". Syukran.  Nak buat kejutan sikit ni.Tengok jam dah lewat,budak-budak dah tidur ni rasanya,dengan kelakian yang terserlah terus memandu kerumah di Al Wuka