Perjalanan Sepi
Assalamualaikum,
Hari ni dah masuk 6 Ramadhan dan selama itu jugalah aku berpuasa di tengah-tengah laut China selatan.Tak banyak bezanya sebab menjalankan kewajipan ni bukan kira tempat tapi bagaimana kita menghayati kemuliaan bulan tersebut.
Perjalalanan sepi tue tak ada kena mengena dengan sambutan Ramadhan untuk saya tahun ni tapi ia berkenaan dengan perjalanan saya merentasi tanah besar semenanjung dengan tanah Borneo.Bayangkan sensorang dalam kereta dari kampung ke air port merentasi tiga negeri yang biasa di penuhi dengan kebingitan anak memulas volume radio dan gelak tawa isteri tiba-tiba disulami kekosongan (ceh bermadah pujangga).Itulah cabaran sebagai seorang Abi dalam mencari rezeki halal lagi berkat untuk keluarga.
Dan sekarang,rasanya nak sambung lagi pun dah malas bukan sebab kerana puasa tapi tak ada mood yang baik untuk mengarang cerita untuk blog ini.Insya Allah minggu depan saya sambung pasal rawatan,petua dan amalan selepas bersalin untuk isteri dan anak yang diguna pakai masyarakat di Sarawak khasnya untuk dikongsi bersama demi kebaikan pada masa hadapan.
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.