Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Trisemester Pertama Isteriku ~ Morning Sickness

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera.    Bila balik bertugas kesian pulak tengok keadaan isteri yang ketika ini mengandungkan anak ke-3 kami.Morning sicknes nya berlarutan dan sentiasa membuat dia keletihan dan kurang selera makan. Orang lelaki jangan tau nak ada anak jer, ambil tahu sikit benda macamni walaupun nampak macam remeh tapi sekurang-kurangnya kita tahu apa yang isteri kita hadapi dan memikirkan cara untuk membantu si isteri dalam menghadapi situasi tersebut. Apa itu "Morning Sickness"?    Emesis gravidarum atau nama lainnya nausea gravidarum (NVP), atau lebih dikenal dengan istilah morning sickness adalah gejala mual - biasanya disertai muntah - yang umumnya terjadi pada awal kehamilan, biasanya pada trisemester pertama. Keadaan ini umumnya dialami oleh lebih dari separuh wanita hamil yang disebabkan meningkatnya kadar hormon estrogen. Dalam beberapa kes, gejala yang sama pula dialami oleh para wanita yang menggunakan kontrasepsi hormonal, atau yang menjal

Isteriku Mengandung Lagi ~Berita Gembira Untuk Kami Sekeluarga

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Pn Nurulfatiha disahkan mengandung untuk kali yang ke-3.Perkara ini diketahui setelah kami pulang dari Dubai.Jika saya tahu isteri mengandung sebelum trip itu kemungkinan besar saya batalkan percutian tersebut tapi dah nama rezeki isteri dan anak-anak untuk kesana.    Setelah pulang dari Dubai kami terus ke Qatar Petroleum Center Health and Wellness (QPCHW) untuk pemeriksaan bagi mendapatkan Resident Permit (RP).Kesian dua beradiktu Adam dan Daiyan kena ambil darah di lengan mereka  yang bersaiz dua jari tu tp Alhamdulillah mereka tidak menangis. Menurut doktor isteriku kena menjalani pemeriksaan X-Ray tetapi sebelum itu beliau dinasihatkan untuk menjalani urin test. Al kisahnya disahkan beliau mengandung dengan jayanya : ). Terima kasih kepada doktor dan jururawat yng bertugas atas ucapan "Mabrouk" kalian.    Hari ini insya Allah kami akan ke QPCHW sekali lagi untuk temujanji kami dengan pakar O&G dan klinik gigi untuk diri

Bagaimana Menukar Air Intake & Cabin Filter Nissan Pathfinder 2006 SE

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم    Hari ni dah raya ke 6 dan di Qatar kebanyakkan sektor kerajaan dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan depa masih bercuti. Oleh terlintas projek DIY untuk kereta yang sedia berkhidmat untuk kami setiap hari. Saya bukanlah pakar tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang ada untuk rujukan pada masa akan datang.Segala penambah baikan amatlah dialu-alukan.  Langkah pertama dan yang penting ialah  ketahui dulu spesifikasinya dan beli di kedai alat ganti- yg tulin digalakkan.   Bertengkar sekejap dgn tokey kedai sbb dia bg spec "Normal", saya punya American spec, totally different. So ambil perhatian bab ni lebih sikit kalau tidak terpaksa berulang 2-3 kali ke kedai tersebut.      Original Parts ~ Pueh ati : ) Air intake filter Cabin Air Filter 8 mm spanner Buka glove box Tekan glove box kiri dan kanan sehingga ternampak "sesendal" nya Buka "hanger" untuk kerja ruang yang lebih luas Longga

Bagaimana Kami Menyambut Aidil Fitri da Qatar

Imej
بسم الله  الرحمن الرحيم   الحمدلله dah 3 hari ber"aidilfitri" di bumi Qatar disamping isteri dan anak-anak di sini.Dipermudahkan olehNya untuk pulang dari pelantar minyak Maydan Mahzam pada Hari Raya pertama.   Bermula selepas Magrib dan Isya' tiada takbir dilaungkan.Saya dan seorang rakan Malaysia Mohd Taufik hanya tersenyum sesama sendiri kerana kami ternanti-nanti detik itu semenjak Magrib lagi. : )    Takperla sebab keputusannya memang tiada Takbir Raya pada kedua waktu  tersebut. Apa yang saya lakukan pergi ke bilik buka you tube pasang Takbir dan bertakbir bersama mereka(orang dalam video tersebut) nak tergelak pun ada sedih pun ada.Apapun Raya dan Kemenangan disambut dimana-mana sahaja.Cara kita sambut "walau lagumanapun" bak kata mak saya asalkan ikut tatacara agama kita adalah baguih.   Esoknya sebelum waktu Subuh dah bergegas ke surau pelantar untuk takbir bersama-sama rakan pelantar. Tetapi apakan daya cuma terdapat 4 orang didalam surau ters

"Visa On Arrival" di Qatar Tamat Tempoh...Apa Yang Perlu di Lakukan

بسم الله الرحمن الرحيم Hari ni mmg sejarah dalam hidup yg aku mmg akui bahawa isteriku sumber kekuatanku. Dalam keadaan tidak menentu dan pelbagai permasalahan berlegar didalam kepalaku ketika itu...Pertamanya bateri kereta buat hal, mati dihadapan pejabat imigresen Al Wakrah, datang sahabat yang bernama Rizal Azhar dari Doha untuk "jumper" keretaku. الحمدالله di gerakkan hati olehNya dulu untuk membeli cable tersebut di Lulu tempoh hari. Kemudiannya dan paling utama visa familyku expired, denda QR 200/ hari . Minah kaunter di MOI siap ingatkan aku berkenaan denda tersebut selepas percubaanku yg kesekian kalinya gagal untuk memperbaharui visa tersebut. Antara tempat yang kami kunjungi untuk memperbaharui visa tersebut adalah Al Wakrah, Messaimer, dan Air Port Branch berdepan dgn Rotana Hotel dan Qatar Airways Tower. Macam mana ni mie?(panggilan untuk  isteriku yg ku kasihi). Sikkan b mok biar kitak org jak transit di Bahrain? B sik ada dgn kitak org risau

Apa Perlu di Lakukan Jika Terlibat Dalam Kemalangan

Assalamualaikum, Tajuk entri yang agak tak best tapi inilah realiti kehidupan.Ditimpakan kita dengan bencana agar kita sentiasa beringat dan juga memberi peringatan pada insan lain. Semua orang dalam dunia ni ,(pandangan sendiri) tidak mahukan kemalangan walau sekecil manapun. Tetapi jika sudah berlaku terutamanya kemalangan yang melibatkan kenderaan ....apa yang perlu di buat??? Dari pengalaman saya sendiri yang terlibat dalam kemalangan ni sama ada motorsikal dan kereta ~ (Alhamdulillah tak cedera parah dan tiada kemalangan jiwa yang terlibat) prosedur "Report" atau melaporkan pada pihak berkuasa (Polis) adalah tidak jauh berbeza sama ada di Malaysia mahupun Qatar. 1.Bila "Berdentum" jer (eksidenlatu) tekan brek cepat2,free gear dan tarik/pijak "hand brake@foot brake". 2.Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar banyak-banyak.Cooling down,kalau nervous duduk dulu dalam kereta seminit dua,apa nak fikir lebih-lebih sebab benda dah jadikan? 3.Kalau pi

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 4

Imej
Assalamualaikum, Sajer jer nak berkongsi dengan isteri detik dan tarikh perkahwinan kami berdua.Kebetulan jatuh pada 20 Ramadhan 1433H, bersamaan 08082012 M. Tengah terfikir nak bagi "sesuatu" yang istimewa kepada insan yang bergelar isteri yang sanggup bersusah payah dan kadangkala bersendirian dalam membesarkan anak-anak sepanjang 4tahun usia perkahwinan kami.Sedia maklum dengan tugas suami sebagai offshore man, melayan kerenah anak-anak yang sedang "naik" memang boleh tahan cabarannya : ) Tidaklah yang "terbaik" tetapi kesukaan isteriku Akhirnya ketika melintas sebuah kedai di Al Wakra selesai bersolat tarawih ternampaklah sebuah kedai dengan signboard nya yang hijau "merelap" ~ Tu dia,selesai masalah. Tunggu budak kedai tu bungkus,sembur-sembur sikit, "finish sir,QR xx.". Syukran.  Nak buat kejutan sikit ni.Tengok jam dah lewat,budak-budak dah tidur ni rasanya,dengan kelakian yang terserlah terus memandu kerumah di Al Wuka

Bagaimana Saya Membuat Ikan Pekasam di Qatar

Imej
Assakmualaikum, Ahamdulillah dah masuk Ramadhan ke 11 maknanya dah melepasi 1/3 bulan kami berpuasa di Qatar dan lebih tepatnya Al - Wukair. Bazar-bazar tiada disini jadi apa yang tekak rasa nak makan terutamanya hidangan "kampung" kenala buat sendiri.  Hari ni saya nak kongsi lagu mana nak  buat ikan pekasam mengikut resepi mak saya di yang berada nun jauh di Malaysia. 1. Pertamanya saya on skype hehehe, nak tanya lagu mana buat pekasam.Ikan yang ada di dapur ialah ikan tilapia yang dibeli di Al Meera.QAR 20 sekilo. Nak cari sepat,puyu memang takderlah kat sini. 2. Mak kata basuh ikan sebersih bersihnya dan bubuh garam kasar @ halus agak2 ~ Bab ni yang agak payah ni main agak-agak hahaha.Takpe kita ikut 1kilo ikan 100g garam.Tapi saya rasa saya bubuh lebih sbb agak-agak juga. 3.  Peram semalaman kasi awet dan tak bagi ikan hancur.Tapi disebabkan esok nak naik offshore saya buat short cut iaitu di peram sebentar sahaja. Garam tak sempat nak "mesra" kata

Ulang Tahun Kelahiran ke 2 Daiyan Danish

Imej
Alhamdulillah, Syukur padamu Ya Allah kerana menganugerahkan kami anak lelaki soleh sehingga ke hari ini.Umi dan Abi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu. Ermm sampailah masanya untuk anak Abi dan Umi ni berenti "nenen".Abangnya dulu "lah" (putus nyusu badan) guna halia bara yang Tok Nab tanam dalam polibeg di belakang rumah JBA Chini.Kat Qatar ni Abi akan cari yang sama "power" kalau ada hehe. Tu dia semangat birthday boy sampai meniarap Sekejap pulak masa berlau bila tgk gambar lama-lama cdak berdua tok.Baru rasa diri tua kan? Belum 1 tahun 1 tahun lebih sikit Nak dekat 2 tahun Terbaru    Ummi dan Abi sayang Daiyan Danish  

1st Car in Qatar ~ Pathfinder

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah di permudahkan oleh Nya untuk kami memiliki kenderaan di sini. Seperti orang lain saya juga berfikir pelbagai perkara sebelum membeli sebuah kenderaan apatah lagi ianya sebuah kereta terpakai. Berkongsi sedikit pengalaman dalam usaha untuk mendapatkan kenderaan, sehinggalah proses pertukaran nama daripada pemilik asal kepada nama kita. 1. Buat temujanji dengan si penjual di lokasi yang sesuai.Contoh padang,parking lot tetapi pastikan juga kawasan lalu lalang.Seeloknya datanglah berdua dengan orang yang biasa berkereta,kalau dia mekanik adalah lebih digalakkan.~ Kawan saya siap bawa torch light lagi walaupun siang hari.Katanya tepi enjin nak kena tengok takut ada kebocoran minyak enjin.Luasrdia boleh lap cuci dan sebagainya, dalam agak susah so itu bukti yang enjin 50% berkeadaan baik. 2. Cek minyak enjin.Owner ni baru tukar minyak enjin jadi boleh kata ok,tapi cek juga warna minyak tu. Kalau ada putih-putih maksudnya enjin tersebut telah dimasuki air.

Saya Perlukan Kereta

Assalamualaikum, Fuhhhh berabuk betul blogni dah lama tak berusik.Malas tahap gaban sebab dah ada fb kononnya. Tapi selepas terima email dari 2 orang pembaca yang bertanyakan sesuatu yang terkandung dalam entri sebelum-sebelum terasa macam jadi satu keperluan pula untuk berkongsi perkara yang bermanfaat untuk orang yang membaca blog "sekeping" ini. Teruskan dengan tajuk kereta dimana ketika ini memang benar saya perlukan kereta setelah isteri dan anak-anak sampai ke Al Wukair Qatar.Opsss lupa nak bagitau yang kami sekeluarga telah berhijrah ke Qatar demi sesuap "Kabboos" (Roti arab macam roti nan). : ) Perkara yang perlu di beri perhatian adalah : 1.Harganya ~ Berapa mampu bayar perbulan. 2.Kos minyak dan selenggaraan bulanan 3.Lain-lain (Cukai jalan/keperluan tidak dijangka~ malas nak sebut ngeri) Kemampuan perbulan RM1000 (contoh) Huhuhu jangan tertipu dengan angka itu kerana didalam satu ribu (RM 1000) itu jugakla saya kena keluarkan kos penyenggaraan da

Hari Lahir Putera Sulung Kami Yg ke 3 Tahun

Imej
    Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dengan penuh rasa kesyukuran, kami meraikan sambutan hari lahir anak sulung kami Adam Darwisy sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya maka kami memohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat. Ya Allah Ya Sami‟u Ya „Alim, Kami menitipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar engkau kurniakan kepada zuriat kami ini hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri. Ya Allah Ya Karim, Sejahterakanlah kehidupan zuriat kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan negara.

Pulang Dari Maydan Mahzan

Alhamdulillah 1st time sampai dan balik dari Maydan Mahzam yang agak famous dengan mutu keunggulan minyakknya. Production dalam 25K bbls/perday tetapi still manage pekerjanya dengan kemewahan.Kadan-kadang tertanya juga dalam hati kenapa "Tempat Sebelum" ini tak boleh buat macamni? Klau untuk penjimatan hasil dalam negara byk lagi cara lainnya. Pekerja-pekerja import disini di bayar rendah walaupun mereka expatriate bebanding org tempatan.Tahniah untuk mereka dan sepatutnya menjadi contoh pada negara-negara Islam yang lain. Banyak benda perlu disettlekan untuk minggu ni ternasuk assignment OUM ~ Hampir lupa plak masih blajar