Umrah dari Al Wakra

Abg Daiyan "protes" menuntut janji aiskrimnya.

الحمدالله

Diberi peluang untuk mengerjakan umrah pada tahun ini disamping keluarga dan sahabat yg cukup memahami. Bersama kami 5 anak-anak syurga yg memang diketahui umum ragamnya.
Jadi post ini bertujuan untuk memberi sedikit panduan untuk mereka yang berhajat untuk menunaikan umrah melalui jalan darat disamping alternatif yang lain.
Semasa post ini ditulis,pemanduan kenderaan sendiri masih tidak dibenarkn oleh kerajaan samada Qatar atau Saudi saya kurang pasti.
Tulisan ini berkisar kepada umrah yg dilakukan melalui pengurusan "hamlah" atau agen. Kami memilih "Labbaik" sebagai "hamlah".Visa umrah, pengangkutan, hotel diuruskan oleh mereka. Kita boleh pilih pakej yang bersesuaian dengan kemampuan perbelanjaan dan tenaga untuk dikerahkan sepanjang perjalanan apatah lagi jika bersama anak-anak kecil.
   Untuk persediaan dokumen kita:
1.Pastikan tarikh luput passport melebihi 6 bulan dari tarikh perjalanan.
2.Passport anda "bercip"
3.Qatar ID yang masih sah tarikh semasa pergi dan pulang.
4.Gambar passport berlatar belakang putih 2 keping.
5. Vaksin kad yang sah. Kanak-kanak yg berumur 2 tahun keatas perlukan kad vaksin. Sila dapatkn vaksin anak-anak 2 minggu sebelum tarikh bertolak atau lebih  awal kerana kebiasaannya anak-anak akan demam@lemah selepas divaksin.Anak-anak yg cergas akan memudahkan urusan dalam perjalanan yang jauh nanti.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?