Mee Kuning Buatan Anak Bujangku.
Wah wah korang nak makan Abi yg kena buat? La ni hangpa buat Abi monitor dan bantu sikit2 ok? Depa setuju kita on... Bahan-bahan : 1. Tepung gandum 1kg 2. Air sejuk + serbuk kunyit (Agak-agak kuning dahla) = 400ml 3. 1sudu kecil garam 4. Tangan yang bersih. 5. Air yang betul-betul panas dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak untuk merebus produk akhir nanti. Kalau tak cukup panas mee akan melekat di dasar periuk@kuali. 6. Minyak masak Cara-cara : 1. Masukkan tepung dalam bekas adunan 2. Masukkan campuran air berdikit sehingga habis. 3. Gaul sampai bercampur semuanya dan uli sampai jadi doh. 4. Nampak macam keras? Memang kena macamtu pun. Kalau lembut jawabnya doh tu tak jadi. 5. Kepal agak sebesar penumbok budak dan gelek dalam penggelek. Saya guna ketebalan no 3 (tebal) kemudiannya digelekkan dengan no 5 (nipis) dan diteruskan dengan gelekan mee. Mesin kita mungkin tak sama sila biasakan dengan mesin anda atau baca manual yang disedi...