Mee Kuning Buatan Anak Bujangku.

Wah wah korang nak makan Abi yg kena buat? La ni hangpa buat Abi monitor dan bantu sikit2 ok?
 Depa setuju kita on...
Bahan-bahan :
1. Tepung gandum 1kg


2. Air sejuk + serbuk kunyit (Agak-agak kuning dahla) = 400ml
3. 1sudu kecil garam
4. Tangan yang bersih.
5. Air yang betul-betul panas dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak untuk merebus produk akhir nanti. Kalau tak cukup panas mee akan melekat di dasar periuk@kuali.
 6. Minyak masak

Cara-cara :
1. Masukkan tepung dalam bekas adunan
2. Masukkan campuran air berdikit sehingga habis.
3. Gaul sampai bercampur semuanya dan uli sampai jadi doh.
4. Nampak macam keras? Memang kena macamtu pun. Kalau lembut jawabnya doh tu tak jadi.
5. Kepal agak sebesar penumbok budak dan gelek dalam penggelek. Saya guna ketebalan no 3 (tebal) kemudiannya digelekkan dengan no 5 (nipis) dan diteruskan dengan gelekan mee. Mesin kita mungkin tak sama sila biasakan dengan mesin anda atau baca manual yang disediakn oleh pengeluar mesin anda.

6. Masukkan mee tadi untuk direbus selama 3 minit. Jangan terlalu penuh dalam kuali@ periuk untuk memberi ruang kepada mee untuk mengembang dan mengelakkan air melimpah.
7. Toskan dan angkat kedalam talam dan minyakkan dgn minyak masak agar mee tidak melekat sesama mereka.😅
8. Ulang sehingga selesai. Air rebusan mungkin perlu ditambah dan pastikn air betul-betul panas sebelum proses pengulangan.
9. Setelah sejuk bolehla di simpan untuk kegunaan masa hadapan. 

# Rumah saya tak sampai 5 hari "settle" 4 kg mee kuning~ الحمدالله
 # Work in progress



Terima kasih pada umi depa yang sentiasa memberi galakan dalam membentuk jati diri dan kemandirian mereka.
#Untuk  mee bayam.
Blender 100g "daun bayam" bersama 400ml air.
Ambil jusnya sahaja.
Gaul dgn tepung seperti diatas.
Hasilnya:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?