Ni aku geram sgt sebab tak tau nak masak apa dengan udangni.Lgpun first time dapat pegang hidup dan besar mcmni.Bg sesetengah orang mungkin kecik tp bg aku dah besar....sama besar dgn pipi aku yang tembam ;)
Laksa merupakan sejenis makanan yang di kenali umum di Malaysia. Antara yang dikenali ialah laksa Penang, Kedah dan lain-lain. Anak ke 2 saya suka makan laksa tapi bukan dgn kuah ikan.... Dengan kicap 😅 haha. Di Qatar memang sukar nak dapatkan laksa, jadi terpaksa buat sendiri mee laksa tersebut.Perkongsian resepi ni hasil dari buatan tangan sendiri setelah menemui kegagalan jika menggunakan kandungan tepung beras yang lebih kerana pada pandangan peribadi saya tekstur tepung beras di sini amat kasar berbanding di Malaysia. Bahan-bahan 1 cawan tepung beras. 1 cawan tepung ubi@sagu. 2 sudu besar tepung jagung. 2 sudu besar tepung gandum Air panas yang mendidih secukupnya.(Kalau tak cukup panas@ sejuk إن شاء الله memang mee tak akan jadi@ mengeras) Cara-cara: Sediakan air panas yan betul-betul panas. Satukan semua bahan dalam bekas. Masukkan air panas berdikit dan gaul serta uli dgn tangan jika rasa "KEBAL". Jika tidak sila guna sudip. Dah agak sejuk bolehlah guna tangan...
Sekolah dan persekolahan merupakan antara agenda utama ibu bapa yang berhijrah ke Qatar. Bagi rakyat Malaysia tiada sekolah komuniti di sini. Jadi pilihan terletak kepada pilihan ibu bapa disamping yuran sekolah yang berpatutan serta lokasi yang berhampiran dengan kawasan kediaman. Yuran sekolah amatlah diluar kotak pemikiran bagi kami yg pertama kali menyekolahkan anak di luar Malaysia walaupun ianya hanya di KG ( Tadika) dan Year 1, yuran boleh mencecah lebih dari Qr18,000 per tahun. Oleh itu periksa had limit yuran persekolahan untuk anak-anak yang disediakan syarikat sebelum memohon sekolah tertentu. Untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar Petroleum bagi tahun 2014 setiap anak layak mendapat Qr 32,000/tahun/seorang. Nampak banyak? Owh tidak, sebab untuk sekolah menengah ( secondary) biasanya ibu bapa akan mengeluarkan sedikit duit tambahan untuk pembayaran yuran. Alternatif lain untuk menyekolahkn anak-anak adalah ke sekolah aliran Pakistan dan India. Yuran mereka biasanya...
Semua orang maklum yang pelantar minyak ni adalah tempat kerja yang berisiko tinggi. Sebab itu dari mula sampai habis tugas kita akan dengar pasal Safety,Hazards,Control dan macam-macam lagi istilah yang berkaitan. Semuanya untuk keselamatan Manusia (People), Alam sekitar,(Environment), Harta benda(Asset) dan Reputasi(Reputation) syarikat yang mengusahakan industri ini. Sign board Disini disertakan beberapa keperluan asas yang direka untuk mengingatkan penghuni dan mengawal situasi kecemasan jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak dijangka. Another signboard Fire Hydrant Hydraulic starter for Fire Water Pump Diesel Engine~ As a driver for Fire Water Pump Capsule@life boat Capsule@ life boat adalah pilihan terakhir jika situasi kecemasan tidak dapat di kawal oleh ERT (Emergency Respond Team)@DCT(Damage Control Team). Sebabtu dulu saya ada nyatakan untuk menyertai O&G memerlukan tubuh badan yang sihat kerana segala mac...
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.