Aidil Adha dan Ibadat Korban (Qurban) di Qatar
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap perbuatan yang menjatuhkan nama baiknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap teman yang menganggapnya begitu. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap cita-cita yang menjadikan lupa daratan. Dan aku berlindung dengan Engkau dan tiap-tiap kekurangan yang menggelapkan mata dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap kemewahan yang lupa pada keadilan.
Disini kami ingin kongsikan pengalaman kami melakukan ibadah korban di Qatar yang mana dilakukan di kawasan Wholesale Market .Ibadah korban ini dilakukan selepas Zohor pada hari raya pertama.Kami sengaja tidak lakukannya di awal pagi kerana berdasarkan pengalaman dan penceritaan oleh orang kebiasaan yang melakukannya terlalu ramai orang akan berasak-asak ke sana di waktu pagi untuk melakukan ibadah korban.
Lokasi GPS = 25.2356016,51.4832638
Kami menggunakan khidmat orang ketiga (runner?) untuk menyelesaikan urusan kami disambing kekangan bahasa dan carakerja berkaitan.Kos runner adalah berasingan dari penjual kambing. Berurusanlah dengan mereka dengan cara berhemah, kerana untuk mengawal kambing-kambing untuk di bawa rumah sembelihan adalah tidak mudah. Sila lihat gambar dibawah!
Mood kambing-kambing kami agak terkawal, cuma sekali sekala melencong ke lain.Mereka membawa kambing-kambing tersebut dari kandang sehinggalah ke rumah sembelihan. Penyembelihan diluar rumah sembelihan di Qatar adalah dilarang oleh pihak berkuasa tempatan.
Harga pada tahun ini sekitar Qr1K++ dan keatas. Untuk maklumat lebih tepat sila hubungi Puan Nurulfatiha. Klik link di sini dan anda boleh menghantar pertanyaan berkaitan kepada beliau.
Sebelum sembelihan dijalankan, anda perlu membayar kos penyembelihan secara tunai dikaunter.Kos yang terlibat pada waktu itu adalah Qr 16.00 /seekor.Ambil resit anda dan bawa kepada pengawal yang menjaga laluan binatang sembelihan. Pengawal tersebut akan memberi nombor tag besi dan akan menulis pada resit bayaran anda.Sila hafal, tak faham nombor bahasa arab, sila tanya supaya daging anda tidak bertukar.Beri tag besi itu pada runner anda dan dia akan bawa ke tukang sembelih.
Nota sampingan : Kaunter tersebut hanyalah kabin plastik mudah alih.Kabin ini dan laluan untuk binatang sembelihan ada ditepi bangunan ini. Maaf gambar tidak dapat disertakan kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan mengambil gambar. Gambar diatas adalah pintu masuk untuk mengambil daging yang telah disembelih dan dibersihkan.
Ini adalah kaunter kutipan daging anda. Kalau anda tengok betul-betul ada tag besi di daging tersebut.Nombor di tag itu 209 tetapi ditulis dalam bahasa arab.Setelah nombor anda dipanggil kutip daging anda.Anda akan diberikan 4 bahagian yang peha, kepala,bonggolan lemak, bahagian belakang dan kepala. Jika mahukan potongan yang kecil sila bawa ke hadapan bangunan ini. Ada kedai daging dari syarikat yang sama (Widam) yang menyediakan khidmat ini. Maklumat yang saya terima kosnya ialah Qr15/seekor.Saya memilih untuk memotong sendiri dirumah kerana saya tak dapat sembelih sendiri, jadi dapat potong bhagian kecil-kecil sendiripun sudah memadai.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap perbuatan yang menjatuhkan nama baiknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap teman yang menganggapnya begitu. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap cita-cita yang menjadikan lupa daratan. Dan aku berlindung dengan Engkau dan tiap-tiap kekurangan yang menggelapkan mata dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap kemewahan yang lupa pada keadilan.
Disini kami ingin kongsikan pengalaman kami melakukan ibadah korban di Qatar yang mana dilakukan di kawasan Wholesale Market .Ibadah korban ini dilakukan selepas Zohor pada hari raya pertama.Kami sengaja tidak lakukannya di awal pagi kerana berdasarkan pengalaman dan penceritaan oleh orang kebiasaan yang melakukannya terlalu ramai orang akan berasak-asak ke sana di waktu pagi untuk melakukan ibadah korban.
Lokasi GPS = 25.2356016,51.4832638
Lokasi yang bertanda anak panah merah |
Dua beradik Adam dan Daiyan memberanikan diri melawat kandang.Daiyan sudah didepan dalam proses perbincangan |
Sesi pemilihan sedang berlangsung.Binatang mesti cukup umur. |
Pilihan yang ada. |
Abi, Uwais nak yang ini katanya. 😅 |
Binatang korban yang terpilih |
Mood kambing-kambing kami agak terkawal, cuma sekali sekala melencong ke lain.Mereka membawa kambing-kambing tersebut dari kandang sehinggalah ke rumah sembelihan. Penyembelihan diluar rumah sembelihan di Qatar adalah dilarang oleh pihak berkuasa tempatan.
Harga pada tahun ini sekitar Qr1K++ dan keatas. Untuk maklumat lebih tepat sila hubungi Puan Nurulfatiha. Klik link di sini dan anda boleh menghantar pertanyaan berkaitan kepada beliau.
Rumah sembelihan |
Nota sampingan : Kaunter tersebut hanyalah kabin plastik mudah alih.Kabin ini dan laluan untuk binatang sembelihan ada ditepi bangunan ini. Maaf gambar tidak dapat disertakan kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan mengambil gambar. Gambar diatas adalah pintu masuk untuk mengambil daging yang telah disembelih dan dibersihkan.
Aktiviti sampingan anak-anak saya disamping melihat binatang yang disembelih di hadapan mata mereka sendiri. Anak lelaki mesti "berani". |
Siap disembelih dan dibersihkan |
Siap dipotong untuk agihan. |
Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan baik. Perkongsian ini adalah rujukan asas pada rakan-rakan yang ingin menjalankan ibadah korban dan juga akikah disini. Harga sentiasa berubah mengikut situasi dan keadaan semasa.Jika ada kekurangan dan penambah baikan sila hubungi saya disini (Nornizam). Saya tidak dapat membalas secara terus kerana kekangan lokasi kerja dan masa kerja yang tidak menentu. Semoga perkonsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang terlibat.
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binantang korban), kerana ia (binatang Korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah Korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan.”
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai
Hadis Hasan Gharib). “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binantang korban), kerana ia (binatang Korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah Korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan.”
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.