Permohonan Tiada Jawapan

Assalamualaikum,
Wah dah sehari rupanya saya pijak tanah ni.Cantik nya dunia yang Allah cipta dan semestinya ragam manusia yang pelbagai menambahkan lagi keunikannya.
Saja je nak tulis pasal antar permohonan nak minta kerja kat middle east tapi tak berjawab..heh sindrom ni bukan kena kat orang Malaysia je tapi kebanyakan syarikat asing pun 2 kali 5 je.Dah tau tanak bagi job just reply jelar 'ur aplication not succesfull' susahke?apara-ni marah sebab adik-adik saya pun masa dulu2 minta kerja sama juga kena macam ni dan boleh kata semua yang minta kerja dan tak dapat, tak pernah terima pun jawapan.Namun kini sesetengah syarikat ada menyatakan yang kalau tak terima jawapan sekian-sekian bulan maknanya jangan nak buh harapan lagi la yer...carila tempat lain dan diikuti dengan D.U.I.T
Dulu masa minta kat salah sebuah power plant di N9 pun sama juga.Kerana semangat ingin tahu kita tepon la diaorang dan jawapanya ialah "Ala cik kalau ada,adala nanti kami call,kalau takde takdela" apa punya jwapan da..tak profesional langsung-syarikat kena hantar kursus budak ni jadi tukang jawap telefon yang beretika sikit.
Add caption

Sebenarnya benda2 begini memang dah lumrah,lagi lama kita hidup kita makin terbiasa dan mengganggapnya  benda yang remeh tp tidak pada generasi baru ni (yg nak cari kerjala).Pengalaman saya.. sendiri bebelas-belas kali interview akhirnya baru dapat jadi operator pengeluaran untuk syrikat mosaics yg agak terkenal di Kluang,Johor   
Akhir kata buat masa ni -tak ada kata-kata sebab nak buat assignment OUM hahah
     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride