Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..Daiyan Danish selamat dilahirkan sebagai bayi yang sempurna fizikal nya dan sihat tubuh badannya walaupun dilahirkan ‘songsang’. Kelahirannya amatlah dinantikan penuh debaran oleh saya dan suami tercinta, kebetulan banyak juga dugaan yang kami lalui sebelum kelahirannya ke dunia. Namun, sebagai hamba Nya kami redha dan sentiasa memohon diberikan segala kebaikan, kemudahan dan kesejahteraan kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. 28 Jun 2010 merupakan pemeriksaan antenatal terakhir sementara berada di Chini, kebetulan doctor pada masa saya ke klinik mempunyai masa senggang selepas kesibukan beliau dengan temujanji bersama pesakit lain. Hari itu, kandungan saya di ‘scan’ untuk kali terakhir oleh pihak klinik Kesihatan Chini, untuk kejutan kami suami isteri, doktor mendapat...
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.