Bagaimana Saya Membuat Ikan Pekasam di Qatar
Assakmualaikum, Ahamdulillah dah masuk Ramadhan ke 11 maknanya dah melepasi 1/3 bulan kami berpuasa di Qatar dan lebih tepatnya Al - Wukair. Bazar-bazar tiada disini jadi apa yang tekak rasa nak makan terutamanya hidangan "kampung" kenala buat sendiri. Hari ni saya nak kongsi lagu mana nak buat ikan pekasam mengikut resepi mak saya di yang berada nun jauh di Malaysia. 1. Pertamanya saya on skype hehehe, nak tanya lagu mana buat pekasam.Ikan yang ada di dapur ialah ikan tilapia yang dibeli di Al Meera.QAR 20 sekilo. Nak cari sepat,puyu memang takderlah kat sini. 2. Mak kata basuh ikan sebersih bersihnya dan bubuh garam kasar @ halus agak2 ~ Bab ni yang agak payah ni main agak-agak hahaha.Takpe kita ikut 1kilo ikan 100g garam.Tapi saya rasa saya bubuh lebih sbb agak-agak juga. 3. Peram semalaman kasi awet dan tak bagi ikan hancur.Tapi disebabkan esok nak naik offshore saya buat short cut iaitu di peram sebentar sahaja. Garam tak sempat nak "mesra" kata...