Saya Perlukan Kereta

Assalamualaikum,
Fuhhhh berabuk betul blogni dah lama tak berusik.Malas tahap gaban sebab dah ada fb kononnya. Tapi selepas terima email dari 2 orang pembaca yang bertanyakan sesuatu yang terkandung dalam entri sebelum-sebelum terasa macam jadi satu keperluan pula untuk berkongsi perkara yang bermanfaat untuk orang yang membaca blog "sekeping" ini.
Teruskan dengan tajuk kereta dimana ketika ini memang benar saya perlukan kereta setelah isteri dan anak-anak sampai ke Al Wukair Qatar.Opsss lupa nak bagitau yang kami sekeluarga telah berhijrah ke Qatar demi sesuap "Kabboos" (Roti arab macam roti nan). : )
Perkara yang perlu di beri perhatian adalah :
1.Harganya ~ Berapa mampu bayar perbulan.
2.Kos minyak dan selenggaraan bulanan
3.Lain-lain (Cukai jalan/keperluan tidak dijangka~ malas nak sebut ngeri)

Kemampuan perbulan RM1000 (contoh)
Huhuhu jangan tertipu dengan angka itu kerana didalam satu ribu (RM 1000) itu jugakla saya kena keluarkan kos penyenggaraan dan kos-kos lain yang bersabit dengan kenderaan tersebut. Logic akal mengatakan servis kereta setiap bulan adalah 300-400  di bahagi dengan 3 = 100-150/bulan.Minyak, tol, (sebelum ni kerja di Sarawak tidak ada tol ~ selamat ; ) )
Yang ni kira sendiri sebab diri sendiri lebih tahu apa yang dipakai.
Cuma pasal kereta ni terlintas pesanan rakan yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang mengatakan "Kereto kalau buleh bui (beri) duit pado kawe,kawe paka,kalau nok ngabih kawe dok se(tak mahu).Rakan ini amat muda tapi pemikiran bisnesnya memang mantap.Bagaimana caranya jangan tanya saya sebab saya pun tak tanya kat dia maka satu kerugian buat saya.

Alamak tersimpang banyak sangat ,masuk balik ...baru atau sekenhen (2nd hand)@ terpakai? Terpulang pada keperluan dan yang no 1 hingga 4 tadi.
Jangan tanya hati sebab semuanya akan "OK" nanti. Kalau dapat berbincang dengan isteri yang "sixth sense" nya kadang2 amat bernas walau tak tahu sangatpun pasal kereta amatlah digalakkan.

Apa keputusan saya ehh silap...kami?

Setelah berbincang dengan isteri dan diselangi dengan gossip artis-artis Malaysia,keperluan puasa, Hari Raya dan senario politik tanah air kami telah sepakat untuk membeli P.....................................

Nantilah bagitau jika dah ada dalam tangan.Cuma kami minta doa pembaca supaya di permudahkan urusan duniawi kami ini.Amin


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?