1st Car in Qatar ~ Pathfinder

Assalamualaikum,
Alhamdulillah di permudahkan oleh Nya untuk kami memiliki kenderaan di sini.
Seperti orang lain saya juga berfikir pelbagai perkara sebelum membeli sebuah kenderaan apatah lagi ianya sebuah kereta terpakai.
Berkongsi sedikit pengalaman dalam usaha untuk mendapatkan kenderaan, sehinggalah proses pertukaran nama daripada pemilik asal kepada nama kita.
1. Buat temujanji dengan si penjual di lokasi yang sesuai.Contoh padang,parking lot tetapi pastikan juga kawasan lalu lalang.Seeloknya datanglah berdua dengan orang yang biasa berkereta,kalau dia mekanik adalah lebih digalakkan.~ Kawan saya siap bawa torch light lagi walaupun siang hari.Katanya tepi enjin nak kena tengok takut ada kebocoran minyak enjin.Luasrdia boleh lap cuci dan sebagainya, dalam agak susah so itu bukti yang enjin 50% berkeadaan baik.
2. Cek minyak enjin.Owner ni baru tukar minyak enjin jadi boleh kata ok,tapi cek juga warna minyak tu. Kalau ada putih-putih maksudnya enjin tersebut telah dimasuki air. Sila fikir semula untuk beli kalau keadaan enjin sedemikian rupa ; ). Saya punya Alhamdulillah ok.
3. Suluh celah engine,cek apa yang patut,belt,dan lebihan minyak kalau ada terutama di celahan gasket.Kalau tiada bagus.Test run kereta tersebut.Pusing-pusing,masuk gear tinggi dan renda,reverse dan Parking gear.Kalau tiada bunyi yang kurang menyenangkan teruskan pada pemeriksaan penghawa dingin.Hi~ Low picit atau pulas jer,nama pun dah testkan?
4. Pre Inspection dah ok semua, untuk lebih confident kami bawa kenderaan tersebut ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer.Bayar QAR 200 dia test engine dan Chasis.Benda "didalam" kita tak nampak jadi buat disini lebih puas hati.Berdasarkan analisis komputer engine 99%,Combustion parts ok, Alhamdulillah boleh beli.
Kabel tu di ambung untuk pemeriksaan berkomputer

5. Lepas dapat report terus pergi ke traffic department untuk pertukaran nama.Macam biasa ambil nombor giliran dahulu.Pejabat Traffic di Medinat Khaliffa di buka 24 jam.Dinasihatkan datang awal untuk buat surat di "pejabat-pejabat kecil" yang berada berhampiran dengan jabatan tersebut.Servis menaip dan mengisi borang didalam bahasa arab  tersebut dikatakan tutup pada pukul 9 malam.Siap bayar upah depa,lepas tu pergi balik ke kaunter untuk proses pertukaran nama dan Istimara@Road tax.
6.Benda penting (Apa yang kami buat) ~ Penjual dan pembeli mesti ada dan sertakan sekali RP.Bayar QAR 200 lepastu Tunggu 15 minit dan siap. 
 7.Siap untuk dipandu dengan selamat~ Insya Allah
Permaisuri Hatiku dan Panglima-panglima Kami






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?