Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Hari Lahir Adam Darwisy yg Ke 4 Masihi.

Imej
Dah 4 tahun Assalamualaikum, Berselang dulu dengan kisah anak sulong ni yang sudah berumur empat tahun harini. Minta maaf la Abang sebab Abi bertugas di perairan "Gulf" untuk kesinambungan kita sekeluarga di rantauan.   Berbalik pada si Sulong ni, dapat diperhatikan bahawa dia seorang yang lemah lembut dan mudah mengalah tapi petah berkata-kata dan pandai memujuk. Perwatakan memang boleh dikatakan hampir keseluruhan menyamai Umminya.    Kalau di rumah dialah teman atau pemberi idea utk Abi lakukan aktiviti luar seperti berbasikal dan memancing. Dia juga sudah boleh memberi pendapat dan berbincang dalam sesuatu perkara. Alhamdulillah dia juga sudah mengenal akan abjad dan "alphabet" termasuklah huruf ijaiyah dalam Muqaddam, juga doa-doa harian berkat ajaran Umminya.    Bila tengok gambar-gambar lama aku hanya terseyum sendiri, memang benar amat cepat masa berlalu. Melihat perkembangan mereka bersyukurku pada Allah akan nikmat yang diberi pa...

Bagaimana Meyambut Kelahiran Bayi di Qatar Siri 1

Imej
Assalamualaikum, Pergh memang dah lama sepi tempat ni kan? Oklah untuk rehat yang panjang akhirnya isteriku ada menegur pasal blog yg dah lama sgt tak diupdate. Katanya mungkin  kali ni boleh berkongsi pengalaman untuk sambut kelahiran anak ke tiga (3) kami di luar negara (Qatar). Proses-prosesnya akan diupdate kemudian kerana kami masih "menunggu hari". "Due date" yg diberi doktor adalah pada 13/5/2013, tetapi mengikut pengalaman yang lepas sememangnya anak kami akan lahir 2 minggu awal dari tarikh yang di beri.Jadi dipendekkan cerita kami jadikan abang-abang si bayi ini sebagai "bench mark". Sebelum dok kecoh-kecoh nak masuk wad apa ke benda pun pastikan di mana isteri hendak @ selesa bersalin. Samaada hospital kerajaan atau swasta terpulang kepada kemampuan dan ketahanan mental si isteri. Kenapa cakap begitu~ Yelah zaman internet hari ni macam-macam cerita dapat baca dari laman A,blog Si B, update FB si C yg hospital tu tak bagus service, hospital tu ...