Hari Lahir Adam Darwisy yg Ke 4 Masihi.

Dah 4 tahun


Assalamualaikum,
Berselang dulu dengan kisah anak sulong ni yang sudah berumur empat tahun harini. Minta maaf la Abang sebab Abi bertugas di perairan "Gulf" untuk kesinambungan kita sekeluarga di rantauan.
  Berbalik pada si Sulong ni, dapat diperhatikan bahawa dia seorang yang lemah lembut dan mudah mengalah tapi petah berkata-kata dan pandai memujuk. Perwatakan memang boleh dikatakan hampir keseluruhan menyamai Umminya.
   Kalau di rumah dialah teman atau pemberi idea utk Abi lakukan aktiviti luar seperti berbasikal dan memancing. Dia juga sudah boleh memberi pendapat dan berbincang dalam sesuatu perkara.
Alhamdulillah dia juga sudah mengenal akan abjad dan "alphabet" termasuklah huruf ijaiyah dalam Muqaddam, juga doa-doa harian berkat ajaran Umminya.
  

Bila tengok gambar-gambar lama aku hanya terseyum sendiri, memang benar amat cepat masa berlalu. Melihat perkembangan mereka bersyukurku pada Allah akan nikmat yang diberi pada ku. Walaupun masa yang diluang tidaklah sebanyak dan setanding Umminya tetapi ketahuilah anakanda bahawa Abi sayangkan anak-anak Abi dan sentiasa berdoa agar  Allah sentiasa memayunngi RahmatNya kepada anak-anak Abi.
Di Port Dickson
Melaka
Kuantan
Air Asia flight heading to LCCT
Raya tanpa Abi di sisi
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?