Bagaimana Meyambut Kelahiran Bayi di Qatar Siri 1
Assalamualaikum,
Pergh memang dah lama sepi tempat ni kan? Oklah untuk rehat yang panjang akhirnya isteriku ada menegur pasal blog yg dah lama sgt tak diupdate. Katanya mungkin kali ni boleh berkongsi pengalaman untuk sambut kelahiran anak ke tiga (3) kami di luar negara (Qatar). Proses-prosesnya akan diupdate kemudian kerana kami masih "menunggu hari". "Due date" yg diberi doktor adalah pada 13/5/2013, tetapi mengikut pengalaman yang lepas sememangnya anak kami akan lahir 2 minggu awal dari tarikh yang di beri.Jadi dipendekkan cerita kami jadikan abang-abang si bayi ini sebagai "bench mark".
Sebelum dok kecoh-kecoh nak masuk wad apa ke benda pun pastikan di mana isteri hendak @ selesa bersalin. Samaada hospital kerajaan atau swasta terpulang kepada kemampuan dan ketahanan mental si isteri. Kenapa cakap begitu~ Yelah zaman internet hari ni macam-macam cerita dapat baca dari laman A,blog Si B, update FB si C yg hospital tu tak bagus service, hospital tu kira nak 'C' section jer kerjanya dan macam-lagi.
Untuk pengetahuan semua isteri saya pilih untuk bersalin di hospital kerajaan Qatar yang diberi nama Al Wakrah Hamad Hospital. Isteri saya memang layak untuk duduk di hospital swasta sebab majikan saya memang ada menyediakan insuran kad dan kemudahan kesihatan lain kepada kami sekeluarga tetapi beliau lebih prefer ke sini kerana berdekatan dengan kediaman kami. Senang Cik Abang nak berulang katanya dgn anak-anak.Haaa ini lah hospital tersebut...Cantik kan?.
Selepas itu prepare barang-barang bayi dan ibu untuk berada di hospital sekurang-kurangnya untuk 3 hari. Bukannya minta duduk 3 hari tapi persediaan tu,supaya tak kelam kabut dan terkurang sana sini.Kesian isteri kita nanti,itu tak cukup,ini tak cukup dahla sakit bersalin tak "habis" lagi.Prepare la selipar,tuala,pampers wanita(aku tak tau nama spesifik), lampin pakai buang bayi,buah kurma,air zam-zam dan apa-apa yang korang rasa perlu.Lain badan,lain keperluan.
Tempatkan semua barang-barang tadi didalam satu beg atau setempat dan mudah di capai termasuklah dokumen-dokumen yang berkaitan seperti passport,kad pengenalan diri, buku "Pink"(standard terms di Malaysia) ~ Sini aku tgk kad bini aku warna hijau.
Yang kat rumah macam biasalah, katil untuk bayi kalau dah tau diri suka tidor berolah(banyak bergolek),kang tertimpa anak naya jerkan? Tub mandi juga perlu sebab sini ada musim panas dan sejuk jadi akan ada kesan pada air pili di rumah.
Tab mandi di atas telah diuji oleh abang-abang nya dimana mereka telah menjadikan tab tersebut sebagai kapal perang dimana Si Sulong jadi Kapten dan Si 2nd jadi Panglima.Tolak dan tarik diatas mozek, nasib tak bocor atau pecah. Katil juga telah diuji "load test" oleh inspektor-inspektor keselamatan tidak bertauliah seperti dalam gambar.Keputusan = kukuh
Untuk keselamatan bayi pilihla pagar yang kecil ruangnya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.(malas nak sebut). Bersambung akan datang. Insya Allah persedian mental abang-abang.
Minggu 37 + 1 hari ~ Isteri saya
Pergh memang dah lama sepi tempat ni kan? Oklah untuk rehat yang panjang akhirnya isteriku ada menegur pasal blog yg dah lama sgt tak diupdate. Katanya mungkin kali ni boleh berkongsi pengalaman untuk sambut kelahiran anak ke tiga (3) kami di luar negara (Qatar). Proses-prosesnya akan diupdate kemudian kerana kami masih "menunggu hari". "Due date" yg diberi doktor adalah pada 13/5/2013, tetapi mengikut pengalaman yang lepas sememangnya anak kami akan lahir 2 minggu awal dari tarikh yang di beri.Jadi dipendekkan cerita kami jadikan abang-abang si bayi ini sebagai "bench mark".
Sebelum dok kecoh-kecoh nak masuk wad apa ke benda pun pastikan di mana isteri hendak @ selesa bersalin. Samaada hospital kerajaan atau swasta terpulang kepada kemampuan dan ketahanan mental si isteri. Kenapa cakap begitu~ Yelah zaman internet hari ni macam-macam cerita dapat baca dari laman A,blog Si B, update FB si C yg hospital tu tak bagus service, hospital tu kira nak 'C' section jer kerjanya dan macam-lagi.
Untuk pengetahuan semua isteri saya pilih untuk bersalin di hospital kerajaan Qatar yang diberi nama Al Wakrah Hamad Hospital. Isteri saya memang layak untuk duduk di hospital swasta sebab majikan saya memang ada menyediakan insuran kad dan kemudahan kesihatan lain kepada kami sekeluarga tetapi beliau lebih prefer ke sini kerana berdekatan dengan kediaman kami. Senang Cik Abang nak berulang katanya dgn anak-anak.Haaa ini lah hospital tersebut...Cantik kan?.
Hospital Hamad Al Wakrah. |
Selepas itu prepare barang-barang bayi dan ibu untuk berada di hospital sekurang-kurangnya untuk 3 hari. Bukannya minta duduk 3 hari tapi persediaan tu,supaya tak kelam kabut dan terkurang sana sini.Kesian isteri kita nanti,itu tak cukup,ini tak cukup dahla sakit bersalin tak "habis" lagi.Prepare la selipar,tuala,pampers wanita(aku tak tau nama spesifik), lampin pakai buang bayi,buah kurma,air zam-zam dan apa-apa yang korang rasa perlu.Lain badan,lain keperluan.
Tempatkan semua barang-barang tadi didalam satu beg atau setempat dan mudah di capai termasuklah dokumen-dokumen yang berkaitan seperti passport,kad pengenalan diri, buku "Pink"(standard terms di Malaysia) ~ Sini aku tgk kad bini aku warna hijau.
Yang kat rumah macam biasalah, katil untuk bayi kalau dah tau diri suka tidor berolah(banyak bergolek),kang tertimpa anak naya jerkan? Tub mandi juga perlu sebab sini ada musim panas dan sejuk jadi akan ada kesan pada air pili di rumah.
Katil bayi dan Tab mandi bayi. |
Tab mandi di atas telah diuji oleh abang-abang nya dimana mereka telah menjadikan tab tersebut sebagai kapal perang dimana Si Sulong jadi Kapten dan Si 2nd jadi Panglima.Tolak dan tarik diatas mozek, nasib tak bocor atau pecah. Katil juga telah diuji "load test" oleh inspektor-inspektor keselamatan tidak bertauliah seperti dalam gambar.Keputusan = kukuh
"Load Test" ~ Done = Succes and OK |
Minggu 37 + 1 hari ~ Isteri saya
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.