Lamazi Georgia, Barigalus Armenia.

Lamazi Georgia, Barigalus Armenia.
(Cantik Georgia, Selamat datang ke Armenia)

الحَمْد لله 
Diberikan peluang melawat dua negara berjiran pada cuti sekolah anak-anak yang lepas, Georgia dan Armenia. 
Keduanya ada keunikan tersendiri. Musim ketika lawatan kami dipenghujung musim sejuk dan dipermulaan musim bunga.
Kami sekeluarga bersama keluarga sahabat yang jumlahnya 7 orang bertolak dari Doha, Hamad International Airport ke TBS (Tbilisi Airport) sebagai permulaan.

Perjalanan mengambil masa 5 jam kedestinasi. Visa TIDAK PERLU!.
Urusan imigresen agak mudah.Pastikan cip elektronic passport anda bergungsi dengan baik.
Tempat singgah pertama kami adalah Tiflisflux Boutique Hotel, sangat sesuai untuk back packers dan kurang sesuai untuk kami yang bekeluarga dengan anak kecil.
Tangga yang menuntut metabolisma

Pemandangan dari situ sangat cantik dan lokasinya ditengah-tengah bandar Tbilisi dgn kemudahan pasaraya dan lain-lain akan memudahkan pergerakan anda.
Pemandangan awal pagi

Destinasi seterusnya adalah Gudauri. Tujuan utama tidak lain aktiviti ber salji.
Dengan perkhidmatan "Tour Guide"  Makho Tours dan Mercedes Vito nya dapat memuatkn kami ber 7 dengan selesa.
Mercedez Vito, selesa untuk kami dan pemandu (7+1)

Perjalanan mengambil masa selama 5 jam termasuk tours dan singgah makan tengah hari di restoran luar bandar. Tuan restoran berbesar hati menjamu kami dengan ikan yang dipancingnya petang semalam di sungai berhampiran kepada kami.Ikan air tawar memang kegemaran saya.Secara persendirian,masakan mereka sangat seda. Kentang goreng  mereka di cicicah "Grand Mother Salt" wowww terbaik.Malah owner juga memenuhi permintaan sahabat saya untuk membuat telur goreng @ omelet. Mereka menggunakan sayuran segar dari ladang yang berhampiran.
Restaurant yang amat selesa untuk keluarga besar kami.
 
Tuan kedai beramah mesra dengan rombongan kami.

Pemandangan kedai yang sangat cantik dan kemas.

Makho Tours ini adalah orang perseorangan yang menjalankan khidmat tours ini, namanya Makho. Beliau adalah seorang anggota bomba di TBS.
Makho(kiri) dan Tukang makan (Kanan)

Di Gudauri kami bermalam di Gudauri ski resort kerana lokasinya yang berdekatan dengan gondola dan lapangan salji. Sila periksa jadual operasi gondola sebelum ke sini untuk mengelakkan kekecewaan kerana dihujung musim biasanya mereka tidak beroperasi.

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?