Assalamualaikum,
Alhamdulillah ari ni ada kelapangan sikit untuk bermain dengan keyboard.Jadi cerita pasal raya mesti belum abis lagi untuk diceritakan.Sebagai seorang lelaki normal saya pun nak kongsi la sikit kemeriahan beraya di sini.Ala tentu tak sama berbanding beraya bersama keluarga tapi walau di mana berada kita kena raikan hari kemenangan yang dah "disediakan " untuk kita terutamanya sebagai seorang muslim.
Kemeriahan seperti biasa dengan persiapan dilakukan sehari sebelum sambutan Aidil Fitri dengan hiasan lampu,kemasan kerusi meja dn perbincangan menu untuk hari besar tersebut.
Macam mana ok tak?
Dan pada hari Raya Aidil Fitri kami menyambutnya seperti yang di sunatkan seperti sembahyang sunat Aidil Adha dan khutbah yang disamapaikan oleh rakan kami sendiri.Tahun ni 1431 bersamaan 2010 insan terpilih jadi pembaca teks khutbah ialah brader Rizuwang @ Leper.Kami disinilah menjadi ma'mumnya so sapa yang tak pergi masjid pagi tu memang rugila jalan kaki tak sampai 2 minitpun dah sampai.
Pagi 1 Syawal 1431
Laungan takbir bersama rakan- rakan dari Setia Zaman (nama kapal).Bermula dari pukul 7.00 pagi dan berakhir pada 8:15 pagi dan sesi penerangan sembahyang sunat Hari raya oleh saudara Mat Ropi.
Jemaah khusyu' mendengar khutbah
|
Bersama rakan seperjuangan (geng2 tak dapat balik raya hehe) |
|
Wak Moin- Selamat berjaya di tempat baru (Qatar) |
|
Juara Bull's eye (macam kenal je mamat ni anak sapala tu?) |
|
Game lempar getah-ala macam kat fun fair tue.
Juara W Nurul Azlan (eleh nasib je tuh)-tiada dalam gambar |
|
Hadiah Juara bull's eye. |
So seperti biasa kami tamatkan hari kami dengan satu lagi episod pelayaran kehidupan yang panjang-mungkin ya mungkin tidak.Apa-apapun doakan kami yang terbaik dalam segala hal terutama doa dari ibubapa,anak-anak dan isteri.
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.