Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Sekolah dan persekolahan merupakan antara agenda utama ibu bapa yang berhijrah ke Qatar. 
Bagi rakyat Malaysia tiada sekolah komuniti di sini. Jadi pilihan terletak kepada pilihan ibu bapa disamping yuran sekolah yang berpatutan serta lokasi yang berhampiran dengan kawasan kediaman.
Yuran sekolah amatlah diluar kotak pemikiran bagi kami yg pertama kali menyekolahkan anak di luar Malaysia walaupun ianya hanya di KG ( Tadika) dan Year 1, yuran boleh mencecah lebih dari Qr18,000 per tahun.
Oleh itu periksa had limit yuran persekolahan untuk anak-anak yang disediakan syarikat sebelum memohon sekolah tertentu. Untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar Petroleum bagi tahun 2014 setiap anak layak mendapat Qr 32,000/tahun/seorang. Nampak banyak? Owh tidak, sebab untuk sekolah menengah ( secondary) biasanya ibu bapa akan mengeluarkan sedikit duit tambahan untuk pembayaran yuran.
Alternatif lain untuk menyekolahkn anak-anak adalah ke sekolah aliran Pakistan dan India. Yuran mereka biasanya berpatutan disamping sukatan pelajaran yang agak sesuai dengan persekitaran sekolah-sekolah di Malaysia. Pengajaran bertumpu kepada peperiksaan. Ini adalah pandangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di aliran Inggeris dan Pakistan serta kelansungan pembelajaran mereka setelah berpindah dari Qatar ke Malaysia. Walau bagaimanapun tempat adalah terhad disebabkn kedua komuniti ini adalah antara yang terbesar di sini.
Sesi persekolahan bermula pada September pada setiap tahun. Ada sesetengah sekolah mengenakan syarat seperti ditemuduga, keutamaan adik beradik dan lain-lain sebelum masuk ke sekolah. Jadi persiapkan anak anda dengan asas bahasa Inggeris sebelum ditemuduga.
Sambungan : Jenis-jenis dan sekolah yang ada di sekitar Al Wakrah dan yang berhampirannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride