Sebulan Berlalu
Asssalamualaikum,
Sebulan dua hari telah berlalu Allahyarham Ayah telah meninggalkan kami semua.Dan kini aku dan keluarga telah kembali semuala ke Qatar untuk meneruskan perjalanan sementara ini yang belum berakhir.Alhamdulillah anak-anak aktif dan tiada istilah jet lag untuk mereka.Cuma Umi mereka agak keletihan mungkin kerana mengandung anak ke-3 kami.
Alhamdulillah semua telah selesai,Moga roh Ayahanda Abdul Rahim bin Ismail sentiasa dicucuri Rahmat dan dipermudahkan urusan di "sana".
Anak-anak cuma menyebut yang "TokWan dan meningal" tapi mungkin mereka belum mengerti apa yg dimaksudkan dengan perkataan- perkataan tersebut. Insya Allah suatu hari nanti mereka akan faham.
Mati itu pasti,Hanya Allah yang kekal abadi.
Ermm tgh menulis ni teringat pulak hari ada appointment di Doha Clinic dgn doktor. Mungkin isteri akan bertanya tentang sesuatu berkenaan kandungannya kerana di "tegur" jururawat bertugas ketika pemeriksaan di Klinik Bintulu ~ Nampak macam besar kandungan Puan ni, seorang @ berdua?
Mana-mana pun Abi dgn Umi akan terima anugerah ini dgn berlapang dada.
Al-Wakrah ~ 1030h 10 Feb 13

Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.