Laksa merupakan sejenis makanan yang di kenali umum di Malaysia. Antara yang dikenali ialah laksa Penang, Kedah dan lain-lain. Anak ke 2 saya suka makan laksa tapi bukan dgn kuah ikan.... Dengan kicap 😅 haha. Di Qatar memang sukar nak dapatkan laksa, jadi terpaksa buat sendiri mee laksa tersebut.Perkongsian resepi ni hasil dari buatan tangan sendiri setelah menemui kegagalan jika menggunakan kandungan tepung beras yang lebih kerana pada pandangan peribadi saya tekstur tepung beras di sini amat kasar berbanding di Malaysia. Bahan-bahan 1 cawan tepung beras. 1 cawan tepung ubi@sagu. 2 sudu besar tepung jagung. 2 sudu besar tepung gandum Air panas yang mendidih secukupnya.(Kalau tak cukup panas@ sejuk إن شاء الله memang mee tak akan jadi@ mengeras) Cara-cara: Sediakan air panas yan betul-betul panas. Satukan semua bahan dalam bekas. Masukkan air panas berdikit dan gaul serta uli dgn tangan jika rasa "KEBAL". Jika tidak sila guna sudip. Dah agak sejuk bolehlah guna tangan...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap perbuatan yang menjatuhkan nama baiknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap teman yang menganggapnya begitu. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap cita-cita yang menjadikan lupa daratan. Dan aku berlindung dengan Engkau dan tiap-tiap kekurangan yang menggelapkan mata dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap kemewahan yang lupa pada keadilan. Disini kami ingin kongsikan pengalaman kami melakukan ibadah korban di Qatar yang mana dilakukan di kawasan Wholesale Market .Ibadah korban ini dilakukan selepas Zohor pada hari raya pertama.Kami sengaja tidak lakukannya di awal pagi kerana berdasarkan pengalaman dan penceritaan oleh orang kebiasaan yang melakukannya terlalu ramai orang akan berasak-asak ke sana di waktu pagi untuk melakukan ibadah korban. Lokasi GPS = 25.2356016,51.4832638 Lokasi yang bertanda anak panah mera...
Lamazi Georgia, Barigalus Armenia. (Cantik Georgia, Selamat datang ke Armenia) الØَÙ…ْد لله Diberikan peluang melawat dua negara berjiran pada cuti sekolah anak-anak yang lepas, Georgia dan Armenia. Keduanya ada keunikan tersendiri. Musim ketika lawatan kami dipenghujung musim sejuk dan dipermulaan musim bunga. Kami sekeluarga bersama keluarga sahabat yang jumlahnya 7 orang bertolak dari Doha, Hamad International Airport ke TBS (Tbilisi Airport) sebagai permulaan. Perjalanan mengambil masa 5 jam kedestinasi. Visa TIDAK PERLU!. Urusan imigresen agak mudah.Pastikan cip elektronic passport anda bergungsi dengan baik. Tempat singgah pertama kami adalah Tiflisflux Boutique Hotel, sangat sesuai untuk back packers dan kurang sesuai untuk kami yang bekeluarga dengan anak kecil. Tangga yang menuntut metabolisma Pemandangan dari situ sangat cantik dan lokasinya ditengah-tengah bandar Tbilisi dgn kemudahan pasaraya dan lain-lain akan memudahkan pergerak...
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.