"Allah Selamatkan Adam Darwisy,Allah Selamatkan Kamu........"

Assalamualaikum,
Yang atastue kalau korang perasan tue lirik lagu hari lahir zaman P Ramlee dulu2 dalam cerita Hj Bakhil (Labu-labi).
Aku dendangkan khas untuk anak Sulong kami sempena sambutan hari lahirnya yg petama.Aku dgn wife buat kecik2 je kat rumah sewa JBA.Kami orang sambut dgn anak2 staff JBA kat sini.Alhamdulillah Tok Nab dgn Tok Rahim datang sekali menyambutnya dgn rasa gembira.



Alangkah bahagia bila kita tengok sendiri perkembangan anak2 kita di depan mata,macammana dia start nak merangkak dari berbaring,berjalan,dan start nak berlari.Hahaha alangkah indah bila dikenang kembali...
Sebabtu aku kadang heran yg amat sangat macamne bila tgk berita yg kanak2 seangkatan dengan Adam di lemparkan di tepi-tepi longkang,tong sampah dan sbgnya.Tubuh mulus,putih gebu dan semestinya tidak pernah tercemar dosa gamak diperlakukan sedemikian kerana dosa sepasang "binatang lain" (aku tak tau gelaran apa yg lg teruk dari ni).
Sekarang ni bila baca berita,tgk tv dah macam trend buang2 anakni!!!!!Hallllo patutnya yg membuangtu patut di lempar dalam kawah minyak panas masa lahir dulu...Astagfirulllah siapala aku nak menghukum mereka.....
Emosi pulak aku..... maaffla aku rasa takat ni dululah aku nak cek Adam kami yg tengah nyenyak tidur di buai keletihan petang tadi yg asyik dok main bola yg di belikan maksunya.-Baru pandai berjalan terus nak main bola sepak :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?