Laksa merupakan sejenis makanan yang di kenali umum di Malaysia. Antara yang dikenali ialah laksa Penang, Kedah dan lain-lain. Anak ke 2 saya suka makan laksa tapi bukan dgn kuah ikan.... Dengan kicap 😅 haha. Di Qatar memang sukar nak dapatkan laksa, jadi terpaksa buat sendiri mee laksa tersebut.Perkongsian resepi ni hasil dari buatan tangan sendiri setelah menemui kegagalan jika menggunakan kandungan tepung beras yang lebih kerana pada pandangan peribadi saya tekstur tepung beras di sini amat kasar berbanding di Malaysia. Bahan-bahan 1 cawan tepung beras. 1 cawan tepung ubi@sagu. 2 sudu besar tepung jagung. 2 sudu besar tepung gandum Air panas yang mendidih secukupnya.(Kalau tak cukup panas@ sejuk إن شاء الله memang mee tak akan jadi@ mengeras) Cara-cara: Sediakan air panas yan betul-betul panas. Satukan semua bahan dalam bekas. Masukkan air panas berdikit dan gaul serta uli dgn tangan jika rasa "KEBAL". Jika tidak sila guna sudip. Dah agak sejuk bolehlah guna tangan...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap perbuatan yang menjatuhkan nama baiknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap teman yang menganggapnya begitu. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap cita-cita yang menjadikan lupa daratan. Dan aku berlindung dengan Engkau dan tiap-tiap kekurangan yang menggelapkan mata dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap kemewahan yang lupa pada keadilan. Disini kami ingin kongsikan pengalaman kami melakukan ibadah korban di Qatar yang mana dilakukan di kawasan Wholesale Market .Ibadah korban ini dilakukan selepas Zohor pada hari raya pertama.Kami sengaja tidak lakukannya di awal pagi kerana berdasarkan pengalaman dan penceritaan oleh orang kebiasaan yang melakukannya terlalu ramai orang akan berasak-asak ke sana di waktu pagi untuk melakukan ibadah korban. Lokasi GPS = 25.2356016,51.4832638 Lokasi yang bertanda anak panah mera...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..Daiyan Danish selamat dilahirkan sebagai bayi yang sempurna fizikal nya dan sihat tubuh badannya walaupun dilahirkan ‘songsang’. Kelahirannya amatlah dinantikan penuh debaran oleh saya dan suami tercinta, kebetulan banyak juga dugaan yang kami lalui sebelum kelahirannya ke dunia. Namun, sebagai hamba Nya kami redha dan sentiasa memohon diberikan segala kebaikan, kemudahan dan kesejahteraan kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. 28 Jun 2010 merupakan pemeriksaan antenatal terakhir sementara berada di Chini, kebetulan doctor pada masa saya ke klinik mempunyai masa senggang selepas kesibukan beliau dengan temujanji bersama pesakit lain. Hari itu, kandungan saya di ‘scan’ untuk kali terakhir oleh pihak klinik Kesihatan Chini, untuk kejutan kami suami isteri, doktor mendapat...
Tak letih ke bang oi main api2 nie.
BalasPadam