Lahirnya Daiyan Danish!


   Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..Daiyan Danish selamat dilahirkan sebagai bayi yang sempurna fizikal nya dan sihat tubuh badannya walaupun dilahirkan ‘songsang’.  Kelahirannya amatlah dinantikan penuh debaran oleh saya dan suami tercinta, kebetulan banyak juga dugaan yang kami lalui sebelum kelahirannya ke dunia.  Namun, sebagai hamba Nya kami redha dan sentiasa memohon diberikan segala kebaikan, kemudahan dan kesejahteraan  kepada kami sekeluarga.  Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
   28 Jun 2010 merupakan  pemeriksaan antenatal  terakhir sementara berada di Chini, kebetulan doctor pada masa saya ke klinik mempunyai masa senggang selepas kesibukan beliau dengan temujanji  bersama pesakit lain.  Hari itu, kandungan saya di ‘scan’ untuk kali terakhir oleh pihak klinik Kesihatan Chini, untuk kejutan kami suami isteri, doktor mendapati kedudukan bayi seakan-akan melintang dan pada pengiraan mereka pada waktu itu kandungan hampir pada minggu ke 37 (sebenarnya dalam pengiraan saya sendiri sepertimana saya mengira minggu kandungan anak pertama, kandungan saya pada masa itu memasuki minggu ke 35) dan peluang untuk  menaiki kapal terbang adalah tipis dan boleh dikatakan doktor tidak membenarkan saya untuk balik ke Bintulu memandangkan usia kandungan masuk ke minggu 37-pada rekod klinik dan kedudukan bayi yang songsang.  Alasan beliau untuk tidak mengemukakan surat pengesahan bahawa saya selamat untuk ‘travel’ dengan kapal terbang kerana takut semasa berada dalam kapal terbang, ditakdirkan saya terbersalin semasa berada di udara dengan keadaan bayi yang songsang akan menjadi  bahaya kepada bayi dan ibu kerana kaedah untuk menyambut bayi yang songsang berlainan dengan kedudukan bayi sefalik(kepala nya di bawah)..dan kemungkinan bayi songsang dilahirkan perlu untuk si ibu untuk di buat pembedahan kecemasan sekiranya berlaku komplikasi semasa proses pelahiran berlaku.  Beliau pun mengatur temujanji  untuk saya berjumpa doktor pakar obstetrik dan ginekologi di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan pada 5hb Julai untuk mejalani ECV (proses untuk membetulkan kedudukan bayi songsang melalui urutan), sedangkan penerbangan kami sekeluarga ke Bintulu pada 2 hb Julai.  Terdetik dalam hati saya bahawa saya yakin masih selamat untuk travel pada 2hb walaupun bayi songsang.  Kami suami isteri memang bertekad untuk meneruskan perjalanan kami ke Bintulu seperti yang dirancangkan lebih kurang 2 bulan sebelum itu walaupun tidak mendapat surat kebenaran dari doktor.  Dengan doa dan tawakal, kami teruskan perjalanan dan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dari LCCT ke Bintulu.  Mengenai bagaimana kami lepas untuk ‘terbang’ balik ke Bintulu dengan kandungan saya , tidak perlulah ia di ‘ungkit’ kembali kerana kami masih mendaftar masuk  sepertimana penumpang lain dan dengan kuasa Allah, rasanya mungkin tiada yang perasan  yang saya sarat mengandung mungkin kerana memakai baju berwarna gelap dan ditambah pula saiz kandungan yang agak kecil kalau dilihat dengan mata kasar dan mungkin kedudukan bayi juga membantu ia tidak nampak seperti usia kandungan sebenarnya..apa sekali pun kemungkinan nya saya percaya Allah maha berkuasa, mengasihani, dan maha mengetahui di sebalik suatu kejadian yang tertulis ke atas kehidupan hambaNya..  Pada pukul  7 malam, 2hb julai kami selamat sampai di lapangan terbang Bintulu tanpa mengalami kesulitan atau kesakitan semasa penerbangan.Segala puji bagi Allah!
 

   Setelah mengetahui keadaan bayi dalam kandungan songsang dan mendapat berita dari anggota perubatan yang kemungkinan melahirkan bayi melalui pembedahan caesarian, hati mana yang tidak rungsing kerana memang sedia maklum implikasi yang lebih besar mungkin dihadapi,mungkin!  Pada mulanya, perasaan bercampur-baur, syukur kerana terhenti dari kelalaian  dan sedar bahawa kita hanya manusia dan hambaNya yang telah di aturkan kehidupan kita sejak dari alam luh mahfuz lagi..kita hanya merancang, berusaha dan berdoa dan seterusnya bertawakal dan hanya Allah yang menentukan..saya dan suami redha atas ujian yang berlaku ke atas kami..terima kasih buat suami tercinta kerana sentiasa bersama-sama di kala ‘menunggu hari’ untuk menyambut orang baru dalam kehidupan kami sekeluarga dan sentiasa mendoakan untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan saya dan kandungan.  Kebetulan untuk kandungan yang kedua saya bukanlah ibu yang bekerjaya sepertimana pada kandungan pertama dahulu, masa lebih banyak untuk membaca dan memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran  kepada bayi dalam kandungan.  Seperti yang kita sedia maklum, semasa mengandung digalakkan untuk membaca surah Yusuf, surah Maryam, Luqman untuk anak yang pintar, Yassin dan beberapa surah lain.  Selain itu, Asma ul-Husna juga membantu memberi ketenangan kepada bayi dalam kandungan selain kita mendidik untuk mula mengenal al-Khaliq semesta alam.  Doa yang tidak putus-putus memohon segala kebaikan dari Nya merupakan antara kewajipan kita sebagai hambaNya.  Saya juga mendapat petua dari ibu mertua untuk memperbanyakkan bacaan surah al-Fil ketika menunggu hari sehingga sedang sakit hendak bersalin.  Ibu saya juga selalu mengingatkan untuk membanyakkan zikrullah terutamanya menghadapi saat-saat hendak bersalin, apa yang penting, tidak ketinggalan juga untuk mendapatkan kemaafan dari suami, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, keluarga dan rakan –rakan yang mungkin telah kita sakiti hati mereka dan mintalah untuk mereka doakan yang terbaik untuk kita selain kita juga haruslah memaafkan orang di sekeliling kita..mudah-mudahan kita dipermudahkan segalanya.  Akhir sekali, persediaan mental dan fizikal juga memainkan peranan penting iaitu selalu mengingatkan diri bahawa apa yang kita alami samada perkara yang mengembirakan atau pun ujian , dugaan yang kita hadapi  dalam kehidupan seharian mempunyai hikmah  yang kita tidak ketahui .  Sesungguhnya Allah akan menguji kita setakat mana yang termampu oleh kita hadapi dan selalu lah yakin akan pertolongan Nya di samping ikhtiar.
   Di Bintulu, saya cepat-cepat mengatur  temu janji dengan pakar obstetrik  dan ginekologi , yakni doktor yang membuat pemeriksaan antenatal semasa mengandung anak pertama untuk tindakan susulan beliau.  Secara peribadi, saya bukanlah merendah-rendahkan kemampuan dan kepakaran doktor di Pahang sehinggakan saya meneruskan juga hasrat dan perancangan balik ke Bintulu walaupun telah mendapat nasihat doktor di sana untuk membatalkan perjalanan kami untuk bersalin di Bintulu, bak kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’..antara  alasan saya adalah untuk kemudahan suami tersayang semasa berada dalam tempoh menunggu hari dan berpantang..syukur, Allah lebih tahu niat untuk tidak menyulitkan keadaan semasa tempoh itu dan Dia memudahkan perjalanan kami..  semasa berjumpa doktor  di Bintulu, sekali lagi kandungan saya disahkan ‘songsang’ dan dia memberi peluang seminggu untuk bayi beralih sendiri kedudukannya.  Selepas seminggu, kedudukan bayi tetap begitu dan dengan segera beliau ‘refer’ untuk ke Labour Suite di Hospital Bintulu untuk menjalani ECV dan dengan segera saya dan suami ke Labour suite pada petang itu juga dan sekali lagi dipermudahkan ada doctor yang masih sanggup untuk menjalankan ECV ke atas kandungan saya walaupun pada waktu itu waktu pejabat hampir habis.  Di pendekkan cerita, ECV tidak  Berjaya dilakukan dan doctor hanya meletakkan tarikh seminggu kemudian untuk saya menjalani pembedahan caesarian untuk melahirkan bayi kedua kami.  Hanya Allah mengetahui  perasaan saya ketika itu, namun begitu saya tetap bersyukur kerana degupan jantung bayi masih normal setelah proses ECV dan saya dibenarkan balik ke rumah setelah 2 jam setengah di hospital untuk menjalani ECV.  Sekiranya degupan jantung bayi menjadi tidak normal selepas proses ECV, dengan kadar segera,pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan.  Suami pun mencadangkan usaha terakhir iaitu berurut membetulkan bayi cara tradisional iaitu menggunakan khidmat ‘bidan kampung’, pagi keesokannya,mak cik bidan pun mengurut dan menurut beliau, dia hanya berusaha dan hanya Allah yang mengizinkan usaha tersebut.  Katanya, dia ‘membuka’ sedikit ruang untuk bayi berpusing sendirinya.  Kebimbangan bayi tercedera disebabkan urutan tersebut hanya Allah yang tahu, tetapi saya menganggap bahawa itu adalah usaha sebagai hambaNya dan ketentuan adalah milikNya sebagai pencipta semesta alam dan dengan doa yang tidak putus-putus mengharapkan kebaikan dari Nya.
   Pada 17hb Julai, suami mengajak  saya dan anak sulung kami jalan-jalan dan makan-makan, kebetulan hari itu ada pameran dan jualan hasil laut Bintulu di SEDC food court, salah satu tempat kegemaran kami suami isteri makan semasa tinggal di Bintulu.  Memang dikatakan rezeki juga pada hari itu, sempatlah saya menikmati satay daging kambing yang diidam-idam sejak berada di Chini lagi, sedang makan satay yang pertama saya merasakan bayi dalam kandungan bergerak seakan-akan ‘turun’ tapi tidak mendatangkan rasa sakit.  Saya katakan pada suami dalam nada bergurau “mungkin adik nak keluar bila dah makan satay kambing”..ye lah, kebetulan hari itu kandungan telah berusia 37 minggu 5 hari mengikut pengiraan saya bersamaan 9 bulan 11 hari, setelah sampai di rumah, saya mula merasakan sedikit kesakitan pada ari-ari.  Di dalam hati berbisik sendirian “agaknya sampai masa dah…”, sakit yang dirasakan tidaklah sekuat mana, malam itu masih dapat tidur dengan nyenyak.  Keesokannya, tanggal 6 Sya’aban 1431H bersamaan 18 Julai 2010, kontraksi mula dirasakan pada pukul 4.45 pagi, tapi ia hilang selepas beberapa minit dan sehingga pukul 6 pagi, kontraksi semakin berlarutan dan saya mengajak suami ke  hospital, pada mulanya saya merancang untuk ke hospital apabila tanda untuk melahirkan seperti pecah air ketuban atau keluar darah sepertimana tanda untuk melahirkan anak pertama.  Oleh kerana kontraksi makin kuat sehingga rasa hendak meneran, tepat 6.15 pagi kami bertolak ke hospital dan nasib baik hospital dekat, perjalanan ke sana tidak sampai 5 minit.  Sesampai saja di hospital, setelah bertanyakan keadaan saya, pekerja di sana menolak saya menggunakan kerusi roda untuk pergi ke Labour Suite.  Jururawat terus membawa saya ke satu bilik khas untuk melahirkan bayi songsang apabila beliau mendapati kaki bayi pada bukaan rahim.  Kelahiran anak kedua kami disambut oleh seorang doktor  dan beberapa orang jururawat , oleh kerana rasa sakit hendak meneran mengatasi rasa sakit yang lain sehingga tidak terasa doktor ‘menarik’ bayi keluar dan saya Nampak  beliau telah mengeluarkan sehingga separuh badannya keluar dan jururawat meminta saya untuk meneran.  Dengan kemudahan yang Allah telah berikan, dengan 2-3 kali teran, Daiyan Danish selamat dilahirkan tanpa komplikasi  pada kelahirannya dan umi nya..terharu bercampur gembira kerana segalanya dipermudahkan walaupun ada kelainan untuk kelahiran anak kami kali ini dan melihat anak yang dikandung selama 9 bulan 12 hari yang dinantikan penuh debaran, dengan dugaan-dugaan semasa mengandungkannya..Maha Suci bagi Allah!

Ulasan

  1. Askm...sy nak bertanya mengenai bidan kpg yg kakak ceritakan..boleh x sy nk tau kt mana sy blh dptkn dia?kakak boleh emailkn ke email sy,girlzrose@ yahoo.com

    BalasPadam
  2. Nanti saya bagi tahu pada Isteri saya. Insya Allah dia akan reply tp untuk makluman Puan bidan tersebut berada di Bintulu, Sarawak.

    BalasPadam
  3. Salam. Boleh sy dapatkan contact puan bidan d bintulu tu tak? Email kan ke cute_clarissa@yahoo.com..thanks

    BalasPadam
  4. Salam sahabat.nama saya rose. Nak mohon bantuan, boleh tak sy dptkan contact number bidan tu?email sy ke erryka10@yahoo.com.my
    terima kasih byk2.

    BalasPadam
  5. hi boleh saya dapatkan alamat dan contact bidan tersebut,email saya ke marialiliana_88@yahoo.com
    thanks..

    BalasPadam
  6. salam..boleh dapatkan nama dan nombor hp bidan x? tolong email ke saya ye? zuwairi.nawawi@gmail.com

    BalasPadam
  7. Salam..boleh daptkan nmbr dan alamat bidan x? Tolong email iejam90@yahoo.com..tq..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Any Comment?Just write up.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

GST Ride ~ Getting "Shawarma" Through Ride