Azam Aidil Adha


Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari lepas-lepas untuk Sambutan Aidil Adha dah selesai dan seorang sahabat telah mengorbankan seekor lembu pada tahun ni.Kamera tak bawa sebab bawa Adam dan parang jadi kamera pun terlupa.
Kat kampung sendiri biasa memang duduk kat tepi jela sebab old timer dah ramai.Nanti kalau kita pun bagi pendapat ada pulak yang meragam – sindrom orang lama jadi keputusan terbaik berdiam diri dan buat apa yang patut.
Bab bekorban pula saya tahun ni tak buat,ish rasa rugi teramat sangat yela setahun sekali sahaja dapat buat korban ni itupun dah ditentukan hari-harinya pada 10,11,12 dan 13 Dzulhijjah sahaja.
Insya Allah start akhir bulan ni berazam untuk buat simpanan khas untuk korban pada tahun hadapan.Kiraan kasarnya adalah :
Anggaran 1 bahagian : RM 450 (kot naik tahun depan)
Bulan kena kira sebelas (11)  sahaja sebab duit nak kena keluar sebulan sebelum Aidil Adha untuk tempahan lembu .
450/11 = 40.90 @ 41 sahaja.
Wah boleh sangatkan?Insya Allah.
End text.
From JBA with love


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?