Mimpi


Assalamualaikum,
Pada subuh 10/11/2010 termimpikan tempat yang bernama Sg Buloh ,Ish macammana boleh termimpi tempat tue.Kalau mimpi pi ke Mekah best jugak.. yela musim2 haji nikan (Ya Allah jadikanlah kami, hambamu ini sekeluarga  menjadi tetamuMu ya Allah pada tahun yang akan datang-amin).Syukur dan bertuahla pada sesiapa yg dipilih menjadi tetamunya pada kali ini termasukla Mak Ngah saya yang berada di Jengka Pahang.
Balik pasal mimpi tadi,apa alamat dia agaknya?Dulu ada Tanya ustaz pasal alamat mimpi ni dan dia jawab “Ohh tue,alamatnya ente akan  mati,jadi sentiasa tingkatkan ibadat” bederau juga darah mendengarnya.Yela kitapun dapat nilai diri kita bagaimanakan?-not prepared well. Kemudian beliau gelak dan sambung “Ente jangan bimbang semua manusia wajib mati” dan kami sama2 tergelak kecil.Moralnya sentiasa tingkatkan iman dan amal untuk menuju alam yg kekal.
Bagus saya coret juga mimpi tue untuk buat kenangan pada masa hadapan.
Masa terjaga: 0536 h – Pada 0538 tok bilal TINGGI, Rosli Jusoh ( ROJ) melaungkan azan.
Peristiwa : Biarla saya  simpan sendiri dulu.Insya Allah saya akan cerita pasal nya suatu hari nanti.  
Bercerita pasal mimpi ni cuba kita tengok dari perspektif lain : -  
1.    Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan  penafsiran.
2.    Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu.Mimpi seperti ini dianggap batil danmempunyai sebarang makna atau takwil.
3.    Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Dan kisah mimpi yang menarik buat masa ni bagi Saya ialah .........
“Maka tatkala anak itu mencapai kesanggupan berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim
berkata, ‘Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka,
pikirkanlah apa pendapatmu!’ Dia menjawab, ‘Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’” (ash-Shaaffat:102)
Akhir kalam "Selamat menyambut Aidil Adha" dari kami sekeluarga.(Hui nak ucap selamat Aidil Adha jer tapi habis berkait dengan mimpi) : )


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?