Kad Kredit-Keperluan,Kemahuan,Ke"eksenan" -Bahagian 2

Assalamualaikum,
Ok hari ni saya sambung lagi pasal kad kredit ni. 

1.Keperluan

Ya memang perlu kalau korang yang jenis suka merayau atau "travel" samaada ianya keperluan kerja atau saja suka-suka.Cuba bayangkan kalau bawa tunai untuk daftar masuk sebuah hotel, RM 160++ ni dah kira offer la ni sempena monsun cup haha.Kalau duduk 5 hari maknanya RM 800++ dan biasanya pakai cash dia akan minta bayaran tambahan satu malam.-Ni pengalaman masa "check in" kat sebuah hotel di ibu kota Ni** Hotel.Nak bawa cash banyak tu memang biasa bagi sesetengah orang tapi bagi sesetengah memang ada fobia sikit sebab biasa dan pernah "hilang" dalam amaun yang banyak.
Beli tiket kapal terbang (Berulang ke Borneo dan Semenanjung)-Owh memang perlu apatah lagi nak dapat harga promosi dari syarikat-syarikat ini.Kalau cash kena pi kaunter kat tempat tertentu sahaja-susah sikitla bagi orang macam saya ni.
Lagi satu kalau pergi ke hutan-hutan@ taman negara takkan nak bawa cash banyak-banyakkan?ke korang jenis berani tak ingat punya jadi bagi diri ini bawa kad kredit lagi bagus disamping cash yang secukupnya.
*p/s-Dalam perjalanan kesana (taman negara@hutan) kedai-kedai dan gerai tepi jalan tak terima kad kredit.

2.Kemahuan 

Dia jadi kemahuan bila rasa diri yang mahu sesuatu dan nak dapatkan juga walau dengan cara apapun termasukla berhutang.Kadang-kadang saya pun terpengaruh juga dengan promosi yang di beri oleh pengeluar kad kredit dengan barang yang pelbagai dan terkini dengan "saranan" berhutang hehehe.Ada berani?Maafla saya tak berapa berani dan minat sangat bab berhutang ni dalam memiliki sesuatu yang di panggil "gadjet" ni.
Satu lagi jadi kemahuan bila ada sifat nak ada juga sesuatu benda tu apabila orang lain ada tapi tak tahu apa fungsi sebenar sesuatu barangtu.Tak pun beli barang,minat 2-3 bulan pehtu berkarat tak pun berabuk kat dalam store.

3.Ke"eksenan"


Entahla pulak bab ni tapi saya sendiri pernah di approach oleh promoter credit card ni
Dia :"Bang apply credit kad?
Saya: Kenapa saya perlu kad kredit?
Dia: Nampak bergaya sikit kalau bebelanja.
Saya : Saya dah ada satu tak perlu lagi kot.
Dia : Eh tak apa lagi banyak lagi bergaya.
Saya: %$$## *^@ - Apa punya jawapan daaaa- Kena hantar kursus budak ni 

Akhir kalam terpulang pada pemegang kad ni la sebenarnya nak buat apa pun.Korang fikirla mana yang baik sebab yang pegang kad ini pun dah dewasa semua dah , 21 tahun keatas kan?
Ok kena prepare barang  untuk overhaul Nissan 120Y dan minor repair untuk Mitsubishi Tredia ayah di kampung nun.

End of text. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?