Harimau Mati Meniggalkan Belang Manusia Mati Meninggalkan.....

Assalamualaikum,
Hari ni masih di KM-1 milik Kencana Petroleum.
Terima email daripada AP recruitment yang saya kena attend satu lagi test yg di panggil Stress Test.Hui ni macam tikus kecil yang lari dalam kandang kecil apa yerrrr nama dia.Hemster!!!
Insya Allah mesin macamnilah kot yang saya kena lari-lari bapak (anak dah 2 maksudnya kena jadi bapakla)
www.made-in-china.com
    Insya Allah akan di buat di Kuantan dam semestinya Isteri dan anak-anak berdua tu akan ikut.Kita Kasi Gegar KMC Huhuhu dan Kedai Ayam Penyek depan bangunan tersebut.
Opss berbalik kepada tajuk utama tadi ...erm agak-agak apa yang aku boleh saya tinggalkan? Nie kena berfikir secara rasional dan dalam serta mematuhi syariat Islam.
Mengubah dunia menjadi lebih baik? Huit siapalah saya.Insan kerdil ~ tapi ianya boleh bermula dari saya dengan sumbangan yang kecil. Tak ada orang tahu, ermm perlu ke untuk semua tahu?Tepuk dada tanyalah iman.
   Tetapi yang penting agar ia dapat dijadikan sebagai doa-doa atau saham akhirat kita apabila berada di alam mati kelak.Mengingati mati adalah untuk orang yang cerdik kerana itulah jalan  terbaik untuk membuat keputusan yang kita impikan dalam hidup. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?