Hari Lahir Adam Darwisy yg Ke 4 Masihi.
Dah 4 tahun Assalamualaikum, Berselang dulu dengan kisah anak sulong ni yang sudah berumur empat tahun harini. Minta maaf la Abang sebab Abi bertugas di perairan "Gulf" untuk kesinambungan kita sekeluarga di rantauan. Berbalik pada si Sulong ni, dapat diperhatikan bahawa dia seorang yang lemah lembut dan mudah mengalah tapi petah berkata-kata dan pandai memujuk. Perwatakan memang boleh dikatakan hampir keseluruhan menyamai Umminya. Kalau di rumah dialah teman atau pemberi idea utk Abi lakukan aktiviti luar seperti berbasikal dan memancing. Dia juga sudah boleh memberi pendapat dan berbincang dalam sesuatu perkara. Alhamdulillah dia juga sudah mengenal akan abjad dan "alphabet" termasuklah huruf ijaiyah dalam Muqaddam, juga doa-doa harian berkat ajaran Umminya. Bila tengok gambar-gambar lama aku hanya terseyum sendiri, memang benar amat cepat masa berlalu. Melihat perkembangan mereka bersyukurku pada Allah akan nikmat yang diberi pa...