Resepi Lada Solok Kidurong Wakra Yard al Qatar.
Salam semua...
Uish nama pun dasat dah resepi ni.
Hobi saya ialah memasak masa off day dan bila bini minta saya masak sambil gesek-gesek manja...nampok ngat muhong nyer.
Sebenarnya masa buat resepi ni bini yang minta sebab dia rasa macam nak makan sangat benda alahni. Terfikir juga mana nak cari lada solok ni. Lada solok kalau nak umph kena gula lada yang khas, bukan bantai sebarang. Nak dijadikan rezeki dari Allah kami singgah di Wakra Yard dan ada penjual yang menjual lada tersebut.
Wakra Yard ni kira macam pasar borongla dan produk-produknya adalah produk tempatan. Berbalik pada lada solok tadi harganya dalam QR 13.00 sebekas kotak kayu. Rasanya dalam 1.5 kg beratnya,dan kami berbahagi sesama jiran tetangga.
Penyediaan Lada:
Dah beli lada ni, basuh bersih-bersih dan tos sekejap.Trick pertama, pilih yang ada tangkai dan gedebap aka gemok-gemok sikit sebab mudah untuk urusan belah membelah untuk buang biji. Kerat empulur berhampiran tangkai dan korek keluar tetapi jangan sampai terputus sebab nak sumbat isi nanti jadi mudah.Setelah biji-biji lada keluar sekaliannya,alirkan dengan air paip didalam belahan tadi untuk keluarkan biji yang masih tertinggal, dan simpan tepi dulu.
Mana lokasi pembelian lada solok kat Qatar ni? Boleh cek peta bawah ni.
Lokasi Wakra Yard :
Untuk penyediaan isi dalam lada pula saya sediakan :
1. 500 gram ikan tenggiri segar.Beli di Al-Meera.
2. Kelapa parut (jangan terlalu tua) ~ 2 beg yg dibeli di Retail Mart*. 1 beg dalam anggaran 250g.
3. 1 sudu kecil lada hitam biji.(Di lesungkan dulu) ada ke ayat ni?
4. 7 biji bawang kecil India.
5. Seinci halia.
6. 1 sudu kecil garam / secukup rasa.
Cara buat:
1. Rebus sekejap. dalam 7-10 minit (Tak rebuspun ok).Asingkan isi ikan dengan tulang. Nak mudah ambik bahagian tengah atau hampir dgn hujung ekor.
2.1 beg kelapa dimasukkan bersama bahan (3)(4) dan (5)ke dalam "food processor" ~ bukan malas cuma menggunakan teknologi semasa hehehe. Nak tumbuk pakai lesung batu pun dialu-alukan.Bagi halus, kalau tak nanti rasa macam makan hampas kelapa.
3. Bila dah halus bahan-bahan yang dimesin tadi bolehlah dimasukkan kedalam"perut" lada solok tadi.Gunakanlah sudu kecil dan pegang bahagian tangkainya, insya Allah memudahkan kerja anda. Sumbat kasi penuh,baru ada umph bila makan.
4.1 beg kelapa parut dijadikan santan. Saya jadikan ia sebagai medium kukusan sebagai pengganti air biasa.
5. Panaskan pengukus sehingga santan menggelegak. Setelah itu masukkan dan susun lada tadi dalam bekas pengukus dan kukuslah selama 5 minit. Ulang sehingga bahan-bahan dan lada tadi habis.
Bini puji sedap...tak taulah ambik ati ke apa..
Sendiri rasapun macam sedap.
Lokasi Retail Mart*:
Barang-barang keperluan lain kami dibeli di Al Meera Wakra. Macam-macam ada!
Lokasi macam dalam peta.
Al Meera :
*Alamak ada satu beg kecil lagi lada solok ni...Apa nak buat? Akan dikongsi pada next entry.
Anyway selamat bersolok lada. ~ Nyaman seihh.

Lada solok Wakra Yard |

Susunan bahagian akhir, sambil tangan kunyah lada solok panas-panas. |
Sendiri rasapun macam sedap.
Lokasi Retail Mart*:
Barang-barang keperluan lain kami dibeli di Al Meera Wakra. Macam-macam ada!
Lokasi macam dalam peta.
Al Meera :
*Alamak ada satu beg kecil lagi lada solok ni...Apa nak buat? Akan dikongsi pada next entry.
Anyway selamat bersolok lada. ~ Nyaman seihh.
Ulasan
Catat Ulasan
Any Comment?Just write up.