Tarbiah Ummi Adam, Daiyan, Uwais ~ 01

Masa umur 8-9 tahun makngah ada satu buku lebih kurang tajuknya
Mari Belajar Bahasa Arab Dalam 30 Hari
Nak dijadikan cerita, kat depan kulit buku tu ada gambar bendera negara-negara yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa utama. Ada lebih 5 bendera dan salah satunya bendera Qatar.
Walaupun makngah tak baca habis tapi memang sayang kat buku tu tak tau kenapa😅
Dan walaupun begitu, makngah tetap tak pandai berbahasa arab sampai sekarang😂
Tak pernah bermimpi dan tak pernah terfikir pun nak tinggal di negara arab, QadarAllah sekarang dah masuk 5 tahun disini dan anak yang ketiga pun lahir disini.

Bila ingat, apa yang makngah selalu tengok dulu umpama tertanam di minda bawah sedar dan sekarang masanya ia dirasai. Orang kata berangan itu percuma dan seronok, lagi seronok jika ia benar-benar terjadi!
Setakat ini baru 3 buah negara arab yang makngah pernah sampai termasuk tempat tinggal sekarang dari banyak bendera kat buku tu. Alhamdulillah, sungguh tak sangka, tapi itulah perjalanan yang Allah aturkan.
Sebetulnya tidak pula rasa nak bangga tapi nak cerita betapa ajaibnya 'kuasa' minda kita.
Dulu, suka sangat baca buku yang ceritanya ada selit tentang pemandangan dan suasana seolah-olah kita sendiri masuk dalam kisah buku. Nak cerita,segan pula sebab ia angan-angan masa tu kan?
Pernah cerita mengenainya pada orang betapa seronok kalau dapat tapi diperlekehkan angan-angan tersebut dan Alhamdulillah, antaranya memang makngah dah rasa walaupun dulu pernah rasa 'down' bila orang perlekehkan keinginan kita.
Nak kata berjaya, kalau nak bandingkan dengan orang lain memang nampaknya biasa-biasa sahaja lah kan..
Kejayaan peribadi makngah adalah dimana makngah boleh jaga sendiri anak-anak dan menyusukan sehingga 2 tahun ketiga-tiganya setakat ini, Alhamdulillah.
Setakat ini masih berpeluang menguruskan mereka sendiri, menyiapkan bekal mereka ke sekolah.
Kejayaan adalah apabila kita mencapai apa yang kita mahu. Ini menjadikan makna kejayaan itu luas. Bagi yang boleh rasa sentap tiba-tiba baca coretan makngah ni diharap bertenanglah, tidak bermaksud membuatkan sesiapa terasa pun..
Setiap kita punya bahagian rezeki dan kelebihan masing-masing. Selagi kita yakin rezeki kita sentiasa ada dan selagi itu ia akan datang selama kita berusaha, biidznIllah!
Ada orang, mungkin rezekinya di bahagian kerjaya, anak-anak yang sihat, kewangan sentiasa mantap, dapat makan makanan segar, dapat melanjutkan pelajaran, mak ayah sihat dan banyak lagi. Makanya, tak perlu kita sentap bila orang lain bercerita ya👌🏻
Cukuplah, lagi panjang letih pula orang nak baca😜
Nak kongsi satu kata-kata hikmah yang makngah pun setuju dengannya;
"To bring anything into your life, imagine that it's already there"
-Richard Bach-
Akhir kata, dalam berangan jangan lupa Allah punya kuasa ke atas segalanya, mintalah kebaikan untuk kita dunia dan akhirat, insyaAllah Dia bagi. Jika tidak seperti diangankan, yakin ada yang lagi baik dari yang kita inginkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?