Tarbiah Ummi Adam, Daiyan, Uwais ~ 02

Zaman sekarang, kita berlumba-lumba mahukan anak yang mempunyai tahap IQ yang tinggi. IQ adalah singkatan bagi Intelligence Quotient iaitu nilai kecerdasan.

Tahukah kita ada Q, Quotient yang lain diambil kira iaitu EQ, Emotional Quotient atau lebih sedap jika kita sebutkan sebagai Kecerdasan Emosi (emotional intelligence)
Keduanya perlu seimbang dan bagi makngah Emotional Intelligence yang lebih tinggi perlu pada setiap anak malah pada diri kita sendiri. EQ adalah kebolehan mengenalpasti, menganalisa dan mengawal emosi diri, orang di sekeliling dan kumpulan.

IQ yang tinggi itu baik, tapi apa gunanya jika ia tidak disertakan sekali dengan akhlak yang baik. IQ yang tinggi tidak dapat menjamin 'rasa bahagia' jika tidak bersama kecerdasan emosi yang tinggi. Kata orang bahagia itu dari diri kita sendiri bukanlah sebab utamanya dari benda atau orang lain.

Dalam membentuk EQ yang tinggi pada anak-anak(juga diri kita) dengan kata lain ia juga membantu menggalakkan anak-anak untuk berkelakuan baik, peranan ibu bapa sangat penting bermula dari rumah.Di sekolah anak-anak diajarkan ilmu hisab, ilmu alam dan sebagainya.

Pertama sekali, ia bermula dari ibu bapa. Ibu bapa merupakan guru pertama buat anak-anak. Selain itu, persekitaran anak-anak membesar juga diambil-kira termasuklah pertururan, gerak-laku. Oleh itu, jadilah ibu bapa yang baik di mata anak-anak dan mudah-mudahan ia diwarisi.

Selain nasihat kepada anak-anak membantu keluarga;adik-beradik, ibu bapa, kawan dan orang sekeliling, ia juga harus dilihat oleh mereka dari diri kita. Jangan lupa beritahu mereka kenapa kita perlu membantu orang lain dan ini boleh memupuk empati dalam diri anak-anak supaya tidak mementingkan diri sendiri sahaja.

Lazimkan ucapan terima kasih, pujian dan penghargaan kepada anak-anak apabila mereka melakukan perkara yang baik dan mengikut peraturan. Tapi perlu diingat, jangan terlalu kerap memuji kebaikan yang dilakukan oleh mereka kerana ia akan menjadikan anak-anak mengharapkan pujian setiap kali kebaikan yang mereka lakukan.

Antara yang penting adalah kita mengajarkan anak untuk muhasabah mengikut peringkat umur mereka. Ini kerana ia merupakan satu cabang berfikir dan sekaligus menggalakkan mereka untuk berfikir dalam banyak perkara seperti berfikir sebelum berkata-kata dan sebelum melakukan tindakan.

Ingat, memupuk kebaikan di kalangan anak-anak itu bermula dari rumah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Membuat Mee Laksa Itu Sendiri

Sekolah dan Persekolahan di Qatar

Apa Yang Ada Atas Pelantar MinyaK?