Catatan

Bagaimana Saya Membuat Ikan Pekasam di Qatar

Imej
Assakmualaikum, Ahamdulillah dah masuk Ramadhan ke 11 maknanya dah melepasi 1/3 bulan kami berpuasa di Qatar dan lebih tepatnya Al - Wukair. Bazar-bazar tiada disini jadi apa yang tekak rasa nak makan terutamanya hidangan "kampung" kenala buat sendiri.  Hari ni saya nak kongsi lagu mana nak  buat ikan pekasam mengikut resepi mak saya di yang berada nun jauh di Malaysia. 1. Pertamanya saya on skype hehehe, nak tanya lagu mana buat pekasam.Ikan yang ada di dapur ialah ikan tilapia yang dibeli di Al Meera.QAR 20 sekilo. Nak cari sepat,puyu memang takderlah kat sini. 2. Mak kata basuh ikan sebersih bersihnya dan bubuh garam kasar @ halus agak2 ~ Bab ni yang agak payah ni main agak-agak hahaha.Takpe kita ikut 1kilo ikan 100g garam.Tapi saya rasa saya bubuh lebih sbb agak-agak juga. 3.  Peram semalaman kasi awet dan tak bagi ikan hancur.Tapi disebabkan esok nak naik offshore saya buat short cut iaitu di peram sebentar sahaja. Garam tak sempat nak "mesra" kata...

Ulang Tahun Kelahiran ke 2 Daiyan Danish

Imej
Alhamdulillah, Syukur padamu Ya Allah kerana menganugerahkan kami anak lelaki soleh sehingga ke hari ini.Umi dan Abi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu. Ermm sampailah masanya untuk anak Abi dan Umi ni berenti "nenen".Abangnya dulu "lah" (putus nyusu badan) guna halia bara yang Tok Nab tanam dalam polibeg di belakang rumah JBA Chini.Kat Qatar ni Abi akan cari yang sama "power" kalau ada hehe. Tu dia semangat birthday boy sampai meniarap Sekejap pulak masa berlau bila tgk gambar lama-lama cdak berdua tok.Baru rasa diri tua kan? Belum 1 tahun 1 tahun lebih sikit Nak dekat 2 tahun Terbaru    Ummi dan Abi sayang Daiyan Danish  

1st Car in Qatar ~ Pathfinder

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah di permudahkan oleh Nya untuk kami memiliki kenderaan di sini. Seperti orang lain saya juga berfikir pelbagai perkara sebelum membeli sebuah kenderaan apatah lagi ianya sebuah kereta terpakai. Berkongsi sedikit pengalaman dalam usaha untuk mendapatkan kenderaan, sehinggalah proses pertukaran nama daripada pemilik asal kepada nama kita. 1. Buat temujanji dengan si penjual di lokasi yang sesuai.Contoh padang,parking lot tetapi pastikan juga kawasan lalu lalang.Seeloknya datanglah berdua dengan orang yang biasa berkereta,kalau dia mekanik adalah lebih digalakkan.~ Kawan saya siap bawa torch light lagi walaupun siang hari.Katanya tepi enjin nak kena tengok takut ada kebocoran minyak enjin.Luasrdia boleh lap cuci dan sebagainya, dalam agak susah so itu bukti yang enjin 50% berkeadaan baik. 2. Cek minyak enjin.Owner ni baru tukar minyak enjin jadi boleh kata ok,tapi cek juga warna minyak tu. Kalau ada putih-putih maksudnya enjin tersebut telah dimasuki air....

Saya Perlukan Kereta

Assalamualaikum, Fuhhhh berabuk betul blogni dah lama tak berusik.Malas tahap gaban sebab dah ada fb kononnya. Tapi selepas terima email dari 2 orang pembaca yang bertanyakan sesuatu yang terkandung dalam entri sebelum-sebelum terasa macam jadi satu keperluan pula untuk berkongsi perkara yang bermanfaat untuk orang yang membaca blog "sekeping" ini. Teruskan dengan tajuk kereta dimana ketika ini memang benar saya perlukan kereta setelah isteri dan anak-anak sampai ke Al Wukair Qatar.Opsss lupa nak bagitau yang kami sekeluarga telah berhijrah ke Qatar demi sesuap "Kabboos" (Roti arab macam roti nan). : ) Perkara yang perlu di beri perhatian adalah : 1.Harganya ~ Berapa mampu bayar perbulan. 2.Kos minyak dan selenggaraan bulanan 3.Lain-lain (Cukai jalan/keperluan tidak dijangka~ malas nak sebut ngeri) Kemampuan perbulan RM1000 (contoh) Huhuhu jangan tertipu dengan angka itu kerana didalam satu ribu (RM 1000) itu jugakla saya kena keluarkan kos penyenggaraan da...

Hari Lahir Putera Sulung Kami Yg ke 3 Tahun

Imej
    Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dengan penuh rasa kesyukuran, kami meraikan sambutan hari lahir anak sulung kami Adam Darwisy sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya maka kami memohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat. Ya Allah Ya Sami‟u Ya „Alim, Kami menitipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar engkau kurniakan kepada zuriat kami ini hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri. Ya Allah Ya Karim, Sejahterakanlah kehidupan zuriat kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan negara.

Pulang Dari Maydan Mahzan

Alhamdulillah 1st time sampai dan balik dari Maydan Mahzam yang agak famous dengan mutu keunggulan minyakknya. Production dalam 25K bbls/perday tetapi still manage pekerjanya dengan kemewahan.Kadan-kadang tertanya juga dalam hati kenapa "Tempat Sebelum" ini tak boleh buat macamni? Klau untuk penjimatan hasil dalam negara byk lagi cara lainnya. Pekerja-pekerja import disini di bayar rendah walaupun mereka expatriate bebanding org tempatan.Tahniah untuk mereka dan sepatutnya menjadi contoh pada negara-negara Islam yang lain. Banyak benda perlu disettlekan untuk minggu ni ternasuk assignment OUM ~ Hampir lupa plak masih blajar  

Semester 3

Alhamdulillah , Kali ini just nak cerita sikit pasal life student.Dah sem 3 rupanya dan bermaksud dah hampir setahun diri jadi pelajar balik di OUM Pahang.Kadang-kadang sesak jugak dengan assignment yang datang mencurah-curah dekat dgn tgh bulan ni.Yelah nama dah makan gaji mmg macamtula pasang surut dia jd nak buat asignment pun takde mood. Hahah ada kaitan ke? Alasan! Sebenarnya nak buat tp line internet jeap ada jap "nadai".Lemah betul.(alasan lagi). Tapi alhamdulillah berkat sokongan isteri yang tak pernah kurang membuatkan diri ini betambah motibasi tambahan pula memikirkan contoh dan teladan untuk amanah kami - Adam Darwisy & Daiyan Danish ~ Abi dan Umi sayang kamu berdua.